................**................

................**................

Pages

dan demi waktu .....

30 July 2010

end OF july ~~ ::






~~fuh fuh .. berabuk dah ....yea berwajah baru hahahaha .. bak kata along " nampak kematangan " dogol nya along hahahha.. tuka warna sikit asik warna hijau jer ,... along yg gila ...
so amacam umah baru ? ok tak ? aku tak tau nk buat apa kat opis ni so aku godek2 la blog aku ni .. last2 jd la macam ni ....yipeeeee hehehe..

~~bulan puasa mkin hampir ... persediaan ?? mental dan fizikal.. huuh.. hmmm thn ni la last aku berpuasa sbg org bujang inshallah.. thn depan inshallah dah ada cik abg hehehehe..so kne masak la ek ooohhhhhhhhhhhhh macam mana ini ya ibu2..aku enggak reti memasak ... adoi ... tak kn nk jamu telur goreng jer kat en suami nanti.....

~en suami in advance : tolong la bg peluang dan tunjuk ajar yea pada hamba ... heheh

~~detik demi detik, hari demi hari , bulan demi bulan , sampi la sekarang dah masuk bulan 8... tgal 2 bulan lg.. aku semakin merasai nya bila saja bonda tersayang selalu bising " baju yg tempah tu dia dah buat ke belum " " dr mengadap pc tu baik buat bekas2 telur tu " nanti kita gi butik tu tengok baju nk kak " " nanti kita gi kedai tu lg nk , cantik pulak bekas2 tu kalau buat bekas telur " haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

~hari2 okeyyyyyyy

~~ayah? cool seperti biasa.tp bila sekali dah keluar kn pendapat itu tak blh ini tak blh .. lg mental aku dibuat nya hahahahha..
en tunang pulak dah balik ke kampung tu bebincang tuk side sana .. n best part ayah nya dah bg berapa kos yg di perlu kan .. kasihan en tunang kne sedia kn sejumlah wang dalam masa beberapa bulan... keja rajin2 yea syg ... buat keja luar byk2 atau g cr satu custemer tuk beli satu ferari.. konfommmmmmmmmmmmm huhuhuhu

~~risau kah aku ? yea aku sgt risau .. mampukah aku menjadi seorg isteri yg baik dan yg mendengar segala perintah sang suami .. bimbing lah aku kejalan yg benar wahai tunang ku .. tunjuk kan aku jaln yg lurus dan bukan yg berlekuk2.. tego la aku dengan cara yg berkesan .. hanya kau yg aku harap kan tunang ku ... tak ada ungkapan yg mampu aku ungkap kn selain aku beshukur akhir nya kita akn disatu kn .. alhamdullilah .. Allah Maha bEsar.

~~sehingga saat ini kawan2 masih lagi pemberi semangat dan sentiasa memberi kata-kata nasihat.. kisah kehidupan mereka yg telah melalui zaman perkahwinan disuruh nya aku menjadi kn teladan dan iktibar.inshallah abg,dan kakak... aku aku guna kn sepenuh nya ..

so next tuk majlis aku nanti , ayah akn ada kn makan2 tarikh nya akn aku bg tau kelak .. tempat suma dah ada , inshallah nanti adalah aku jemput pada yg berkenaan ..

hehehehe

aku tak brani nk cerita lebih detail sal majlis aku nanti .. sbb kang apa yg dirancang lain jd nya kang org kata cter lain jd lain.... bak kata kwan aku " jgn cter je pung pang pung pang tp habuk pun tarak " (eleh member aku ni pn sama , pandai la ko guna ayat ni nok,baik ko cermin diri ko gak .. hahahhahaa) sory syg ku lili terkutuk ko lak .. wakakakkaka

ok so next inshallah aku akn up date sal persiapan aku ok .. ni ada sedikit renungan kita :

untuk suami2 okeyyy :-

1) JAdilah suami yg pemaaf,Syurga isteri di bawah tapak kaki suami .Maaf kan lah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bhgia

2)Tegur Kesilapan isteri dgn hikmah dan kasih syg.Isteri merajuk bukan sebab ditegur ,tapi cara dtegur.cara ditegur agak kasar.Apabila suami bekasar,isteri jadi takut,bingung,hiba dan memberontak

3)Suruh isteri dirikan sembahyang.Apabila berjauhan telefon atau sms bg mengingatkan sembahyang.


4) Bersifat Terbuka Dan Berterus Terang
Bayangkan sekiranya si suami mahupun isteri suka menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan pasangan secara tidak langsung ia akan merenggangkan lagi hubungan. Pastinya akan wujud perasaan curiga terhadap pasangan. Tidak semua rahsia suami atau isteri perlu didedahkan kepada pasangan terutamanya perkara masa silam pasangan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.



5) Beri Perhatian
Kadangkala suami mahupun isteri memerlukan perhatian yang lebih dari pasangan masing-masing.

Tidak kira walau sesibuk mana pun anda melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, si dia usah dilupakan. Cukuplah sekadar bertanya khabar melalui sms untuk menunjukkan kasih sayang dan sikap ambil berat yang mendalam. Isteri bukanlah mahu perhatian 24 jam, tetapi ingatan dengan kata-kata cinta menjadi penawar dukanya.



6)* Ingat Tarikh Penting
Ini adalah merupakan perkara yang sering dipandang remeh oleh kaum lelaki tetapi begitu penting dalam diari kehidupan seorang wanita. Janngan ambil mudah perkara yang amat penting bagi wanita. Wanita cukup kuat mengingati tarikh penting contohnya hari ulang tahun hari lahir pasangan dan anak-anak, tarikh perkenalan dan ulang tahun perkahwinan. Sesekali, buatlah kejutan supaya mereka rasa lebih disayangi.



:: ada byk lg ok .. tp mlas lak nk menaip.. so renung2 kn dan selamat beramal

0 comments:

 


Design by: Blogger XML Skins | Distributed by: Blogger Templates