22 Februari 2017

UMRAH : KEsedihan,kekecewaan , dugaan & digantikan KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAN

Bismillah dan Assalamualaikum ..

21 / 2 / 2017 kami sekeluarga selemat sampai ke Tanah Air,Shukur Alhamdullilah.


"Andai dah tertulis dan kamu telah terpilih untuk menjadi tetamu nya inshallah semua nya akan berjalan dengan lancar "

" sabar la fiza ni suma dugaan .. Allah sedang menguji awk "

" semoga fiza sekeluarga sihat hendak nya "

" banyak kan berdoa ada lagi masa ni nak muhasabah diri "

Dan banyak lagi ayat- ayat nasihat dan dorongan yang aku terima dari kawan-kawan, mak sedara ,sepupu , keluarga ..

Lepas aku tanam azam yang aku nk berubah dan cuba berubah aku mula rasa rindu dan rasa nak ke mekah . Bila ayah bagi tau yang ayah nak buat umrah dengan adik dan mak terdetik kat hati ni Ya Allah best nya la . bila la peluang aku nak pergi sana .. Dan memandangkan kewangan dan memerlukan kos yang agak kasar jugak jadi berdoa jer la .. Ingat lagi ayat pak teh aku , kalau dah ada niat tu inshallah tak lama dah tu ..
Alhamdullilah rezeki kan Suami ajak pergi umrah bulan 10 / 2017 mungkin sebab hari jadi dia dan ulang tahun perkahwinan kami mungkin... suami kata " biar mak ayah gi dulu , nanti anak-anak blh mintak tolong mak ayah jaga kan "

Allah tu sebaik2 perancang .. Kita ni manusia hina hanya mampu merancang je kan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba nya .. Dia pencipta kita mesti la dia tau apa yang terbaik ..

Alhamdullilah peluang kami untuk ke Tana Suci lebih awal dari apa yang di rancang ditambah kan kami boleh bawak anak-anak sekali .. Ingat wahai kawan2, rezeki suma datangnya dari Maha Pencipta kita.. (rasa macam tak ada duit nak bawak anak- anak sekali ).. Allah ada ..

Semua persiapan berjalan dengan lancar .. Dan aku memang tak sabar untuk ke sana . Setiap hari baca blog2 pasal umrah apa yang kena dan apa yang tak boleh .. Dan kuasa tuhan Seminggu sebelum kami sekeluarga berangkat Sofea Izara demam panas selang sehari suami pulak demam panas ..



 lagi 5 hari sebelum berangkat, badan aku pulak rasa dah tak sedap .. dah rasa panas .. satu keluarga masuk jumpa doktor .. dapat MC untuk satu hari .. 

Sabtu pulak kami buat doa selamat dan bacaaan Yasin dekat kedai ,( masa ni suami mmg tgh demam lagi anak2 pun tgh panas lagi ..aku ? makin lama makin lemah ) 

 Terima kasih Aku ucapkan pada yang sudi datang .. Semoga kalian sentiasa dilindungi dan di berikan kesihatan yang baik .

4 hb ( sabtu ) Aish iskandar dah mula demam , suhu panas tinggi .malam aku pulak yang dah menggigil ..Ahad 5 hb aku dah terus tak boleh bangun .Allahuakbar !! 

Isnin 6 hb.. aku , suami dan anak-anak pergi KPJ hambik ko , habis satu keluarga kena tahan hospital .Bila bagi tau doktor yang rabu saya dan anak-anak kena berangkat untuk buat umrah doktor terkejut . Ank-anak kena jangkitan influnza dan aku ? tengah tunggu keputusan darah . 

sedih bila tgk keadaan bilik 

 3 katil sekali dalam satu bilik ..Allah besar jugak dugaan kali ni . Doktor datang bilik bagi tau aku positif denggi ..Allahu 
Doktor tak izin kn aku buat umrah sebab dia kata bahaya . ko rasa ? apa yg ko rasa ? !!!!! 

isnin aku masuk sampai ke tengah malam aku menangis ..sampai naik kering air mata aku . 

Terima kasih tak terhingga aku buat mak ngah dan ateh yang sentiasa ada masa aku dah jatuh mmg tak leh nak bangun .. ateh suruh aku mintak ampun kat mak ayah dan suami takut2 kalau aku ada buat salah besar yang aku tak perasan . Terima kasih en Goh Kwee Jin sbb u memang kawan yang baik dan sudi datang lawat i .. i doa kan u kaya dan sihat 

Ayah datang lawat aku kat hospital ( ayah memang tak henti-henti datang bagi sokongan dan melawat ) tetiba, bila ayah kata nak balik tu ayah ada pesan kat aku 

" cepat la sihat kak , andai ada akak ada salah dengan ayah , ayah maaf kan akak, ayah halal kan semua nya " ko rasa ????? !!!!! 

aku meraung2 wei ... 

Malam nya pulak, aku call mak, baru bagi salam mak dah meraung ..

 " kenapa macam ni kak " kita dah nak bertolak ni ' sampai mak tak boleh nak bercakap asik menangis jer .apa ko rasa lagi ? 

Doktor suruh aku buat keputusan sama ada nak pergi jugak atau batal kan .. Allahu


Dan aku pilih untuk teruskan .. bak kata kawan office aku ( aku nak ke tempat yang inshalah doanya akan di makbulkan , inshallah aku dan anak2 Allah dah pilih untuk ke rumah nya  tak mungkin Allah nk susah kan umat nya yang dah dipilh  )

Aku berpegang pada ayat tu .. Terima kasih kak Roslina dan kak Azlina 

dan terima kasih juga aku pada buat : 

mak ayah  
adik beradik 
mak ngah & ateh 
kak nani 
biras dan ipar 
angah dan along 
geng2 gojes mummy 
kak Roslina 
kak azlina 
kak wan rohana 
geng2 bunga dan kumbang  
kak liza 
kak jam 
abang sam dan isteri 
kak enon 
deena 
nani
Gmie @ Azmi Sahari 
kak mariam sohaila


Terima kasih kalian kerana sentiasa bagi semangat dan doa kan saya dan anak2 .. dan aku berazam untk mendoakan kalian di tempat2 yang mustajab doa nya .. 

dan aku terima segala dugaan ini .. dan aku anggap nya sebagai Allah nak ' basuh ' segala kekotoran yang ada sebelum aku menjejak kan kaki ke bumi yang suci tu .. dan sesunguh nya aku tawakalllilahitaala .. 

dan perjalanan pun bermula : 


Kami naik Turki air line ,  11 jam dalam penerbangan Alhamdullilah kami sampai di kota Madinah . Allahuakbar , aku tak boleh tahan wei ,terus aku menangis tak sangka aku di beri peluang untuk jejak kaki kat kota madinah , aku tak sabar nak lawat Rasullah .. aku tak sabar nak berdoa di raudah . aku tak sabar nk berdoa kat masjid nabawi. 

Sujud shukur aku , bila aku jejak kaki di airport madinah .. 




Kesihanatan aku dan anak2 ? Alhamdullilah kami tak sakit seperti sebelum ni ,, Allah membantu dan sayang kami .. dalam kapal terbang yang 11 jam tu pun anak2 sikit pun tak meragam sedangkan masa aku sakit apa yang aku takutkan : 

1) kesihantan anak2
2) anak2 meragam dalam flight
3) aku dan anak2 akn sakit 
4) makanan ( boleh ke anak2 aku makan makanan sana ) 
5) aku tak ada stamina blh ker aku beribadat ni 

semua ni bermain2 kat pikiran aku . 

Tapi kuasa tuhan kan . Dia maha mendengar .. segala apa yang aku takut kan tu di pusing kan .. maksud nya segalanya2 di permudah kan .. sedang orang lain sakit demam dan batuk kami ank beranak sihat alhamdullilah ..



ni masa suami dan ayah aku nak masuk raudah bahagian lelaki 


            ~pic atas ni disebalik pagar tu raudah bagi perempuan .. tu nota waktu2 raudah di buka ~


aku dapat masuk raudah sekali jer ..Allahuakbar bukan senang ,, tapi kuasa Allah, aku pun tak sangka. Aku berjalan dari bilik hotel sorang diri, jam 10 malam sambil berdoa, aku diberi peluang utk berdoa dan solat di raudah dan aku mohon, aku dipermudah kan ketika nak masuk dalam raudah .. 

korg tau perjalanan aku masa tu , mashaAllah !! .. 
aku dapat duduk dan solat sunat dalam raudah .. meraung2 aku tak sangka . lama aku duduk kat carpet hijau tu .. aku hayati suasana raudah . lama memang lama aku duduk di raudah ..Allahuakbar aku tahu Allah sayang aku .
ada satu ceramah yang aku dengar ustaz ni kata, Dalam dunia ni ada 2 tempat jer doa yang tak akan ditolak inshallah, dan sebab tu kalau ada rezeki suma orang nak datang dan ustaz tu kata lagi cuba la cari tempat2 yang mustajab doa tu .. satu di raudah dan kemudian ada di mekah . 

aku harap Allah makbulkan permintaan aku mak ayah , adik beradik , ibumertua , ipar duai , mak ngah sentiasa di berikan kesihatan yg baik dan jadi tetamu nya utk tahun ni jadi tetamu haji , ateh sentiasa dilindungi dan deberi kan kesihatan yang baik , kak nani semoga dipermudah kan segala urusan nya , doa2 yang cikna kirim , mak jang liza kirim , angah kirim , along suraya kirim , aku juga harap kan Kak Azlina akan dipanggil lagi jadi tetamu nya dan diberikan kesihatan yang baik , Kak Roslina di berikan kesihatan yang baik dan diberikan peluang untuk dia datang bersama suami dan anak2 , Kak Wan Rohana diberikan kesihatan yang baik untuk dia mudah mencari rezeki dan istiqomah dalam iman ,kak jam semoga di beri kesihatan yang baik dan terus dimurah kan rezeki ,  Ila samad dan dilla di berikan rezeki untuk menimang cahaya mata dan sentiasa sihat , edna sekeluarga di berikan kekuatan dan kesembuhan  , kak ana semoga di berikan kesihatan yang baik .geng2 gojes mumy semoga kalian akn dapat dtg kesini , kak liza bt hussin  diberikan peluang untuk dtg kesini dan sentiasa sihat ,utk gmie sekeluarga ,kak enon sekeluarga kaya , abg sam dan isteri semoga di murah kan rezeki untuk menjadi mummy dan dady ,geng2 chomels ... as , kak aina , kak nor , kak hani  , acak ..kak mariam sohailaSemoga kalian semua sentiasa di beri peluang dan di beri kesihatan yang baik dan di beri kesenangan dunia dan akhirat ,



kemudian kami berangkat ke Mekah al mukaramah . 

disana aku cuba jugak utuk solat kat tempat2 yang di senaraikan tempat yang mustajab doanya dan inshallah doa dimakbulkan Allah .. 

1. Saat Thawaf, tidak ada bacaan wajib dalam melaksanakan thawaf, tidak ada juga doa khusus yang harus dihafalkan. jadi masa ni aku banyak kan berdoa utk mak ayah , mak mertua orang2 yang sentiasa doakan masa aku dan anak2 sakit .

2. Multazam, tempat atau jarak antara sudut Hajar Aswad dan pintu Ka'bah. Multazam merupakan tempat paling utama.,suami bawak aku untuk pegang pintu Ka'bah, tapi apa kan daya keadaan terlalu menakut kan dengan badan pak2 arab yang 3 kali ganda besar , Jadinya aku dapat pegang kaabah  jer .

3.Saat melakukan sa'i. Sa'i adalah berjalan sebanyak 7 kali putaran antara bukit Shafa dan Marwah.  dilakukan setelah thawaf, dimulai dari bukit Shafa dan diakhiri di bukit Marwah. Tidak ada bacaan wajib. Namun aku berdoa atas kemampuan aku, dan beristigfar.

4. Di belakang Maqam Ibrahim.  tidak jauh dari Multazam.aku cuba untuk sepanjang berada di mekah untuk solat sunat di belakang makam ibrahim .alhamdullilah perjalanan aku mudah dan lama aku di situ .. semoga Allah mendengar nya .. 


itu jer tempat2 yang rezeki aku untuk ' meminta ' 




masa ni Iskandar tinggal kat hotel dengan mak tok dan umi , aku , suami dan izara solat belakang maqam ibrahim ..



masa ni pulak tgh siap2 nak buat umrah yang pertama .. Allahuakbar sumanya dipermudah kan walaupun Aish iskandar ada merengek2 sebab penat tapi kami berjaya .. Allahuakbar 



Kuasa Allah sepanjang aku solat di masjid Sofea Izara tak pernah meragam .. dia main tepi2 aku dan aku biarkan jer , ada kala dia tidur dengan senang nya .. MashaAllah ... Alhamdullilah  Allahuakbar





Aish Iskandar ikut papa .. 




masa ni , aku ngan adik...hari ni hari jadi nya .. korg tau apa yang aku ingin kan ketika merakam kan gambar ni ? adik2 lelaki aku .. allahuakbar.. jauh di sudut hati aku semoga aku dan adik2 aku ,fizi dan fizul ada sekali .. inshallah lepas ni kita datang  sekeluarga bersama dengan adik ipar dan epa .. 





Hari ni hari nk last aku kat sini kalau tak salah aku...Allahuakbar sedih 



NOTA KAKI ":  terima kasih suami kerana sentiasa bagi sokongan dekat i , i doakan apa yang u doakan di tempat2 suci itu dimakbulkan begitu jugak dengan mak dan ayah , lia .. 

Kawan2, semangat dan doa kalian la yang jadikan kami anak beranak dapat menjadi tetamu nya .. tak ada apa yang dapat aku bagi pada kalian tapi aku mampu mendoakan yg terbaik buat kalian .. kerana sepanjang disana kalian yg sentiasa bagi kata2 semangat masa aku sakit yang sentiasa di fikiran aku . Terima kasih dari kami sekeluarga .. 

dan pengembaraan kami diakhiri ke Instanbul Turki 




























26 Oktober 2016

Happy birthday en Amie & Happy anniversary utk kita ... Sofea mama love u

Bismillah..

Haluuu korg .. kali ni  I olls nk cerita kisah yg baru lg terjadi .. 

Tanggal 23/10/2016 I olls punya anniversary dengan en Amie .. yang ke 6 .. kali ni atau tahun ni cukup bermakna sikit sebab kami ada 3 sambutan sekali gus . Alhamdullilah .

Dan kali ni kami raikan cinta kami, dekat PD jer ( wah kau raikan cinta katanya ) . almaklum la bajet kecik sikit kali ni .. macam biasa tiap2 tahun I olls akan Tanya en Amie nak hadiah apa ? kali ni penuh confidence terus jawab “ rabbit “ ..

Mak datuk selera .. dia hingat bini dia ni gaji 8 ribu agak nya .. maaf nok , itu di luar kemampuan mak .. klu bayar half2 okey … terus I olsss ketuk dia .. rabbit kaki empat mak mampu nok , tapi yang tayar dua mak tak mampu … bukan ke kita dah plan nak beli sorang satu ker encik amie ? tp guna duit masing ? kan gitu perjanjian nya .. hehehe

Dan nak dijadikan cerita , aku stress nok tiap kali pk nak beli apa utk dia , kesudah nya aku call suruh dia datang midvalley , suruh dia pilih sendiri nk apa . mula2 ingt nak surprise , tp tak jadi la , takut nanti aku beli kang dia tak pakai lak ..

suruh dia pilih kasut , kata nya kasut dah banyak kat office.ada yang baru beli tak pakai lagi .. ok fine , aku suruh dia ambik seluar , ganti seluar dia yang koyak masa xcdent tu , bila tengok harga yang aku suruh ambik tu dia kata membazir, kang jadi sama macam seluar levis yang beli tu,beli mahal2 tapi luntur jugak , katanya lg klu dia beli kat downtown boleh dapat 4 helai .. hmmm ok fineeeeeeeeeeeeeeeeeeee …

Sudah nya aku duduk pastu aku suruh dia gi cari barang apa yang dia nak , ko tau dia ambik apa ? sandal , emm tapi bukan la cap ayam , cap angsa la … hishhh la .. lantak mu la pa .. pas tu aku suruh dia pilih lagi ...dah tak nk .. pelik pulak aku .. klu dia ofer aku macam mana aku ofer dia ni , korg rasa panjang tak list aku hahahhahaha ( gelak setan ) .. sudah nya aku bawak dia gi tengok minyak wangi .. itu pun aku yang pilih gak .
Klu harap kan amie , sure dia pilih yg bajet2 .. nok , bukan la nk belagak apa , tp anniversary setahun sekali kot , of coz ko dah ada bajet utk pasangan ko kan .. tutup mata jer la .. minyak  wangi yg ada ni pun kata nya tak tahan lama , cap ayam katanya hampeh .. so aku carik kan la yang cap gajah punya …


Lepas beli kan hadiah bagai …  ( pejam mata kira bajet dalam wallet )  ( tak ada la memain jer )…. Aku kena plan benda lain lak .. satu benda yang aku nk share ngan korang ,  .. walau kasar mana pun pasangan kita tu , walau Nampak keras mana pun pasangan kita tu , tapi percaya la bila kita buat surprise mesti pasangan kita suka dan happy .. siap senyum sampai ke telinga lagi ,, kalau tak percaya cuba buat .. mlm conform !! confirm !!! lu pk la sendiri hahahhhaha

Ala nok . takat nak buat surprise bukan susah pun .. macam aku kata tadi anniversary setahun sekali kan apa la salah nya ko booking meja untuk candlelight dinner  , kalau rasa mahal , ko simpan la duit awal-awal .. 3 bulan awal tu ko menabung la .. ala RM 250.00 tu dapat dah meja yg ditemani  bulan dan bintang dihiasi kelopak2 bunga atas meja .. klu ko tak menabung , lagi 3 hari nk hari kejadian memang la rasa tak mampu …. Simpan RM 300.00 macam-macam dah ko dapat , boleh dah surprise kan orang yg ko sayang tu wei …
Atau pun cer ko try hantar bunga kat office pasangan ko tu .Tak sampai RM 100 pun. ‘ eh lelaki pun nak kasi bunga ker ?’  eh eh eh peduli haper haku .. laki haku .. tiap2 tahun jer nok mak bagi bunga kat laki mak .. kecuali tahun lepas . tahun lepas aku lupa aku bagi apa kat amie .. bila aku tanya amie tahun lepas aku bagi apa , dia kata aku bagi Sofea Izara .. aku tak paham mula nya .. bila pk balik .. yea la .. 23/10/2015 aku dah kena tahan ward .. tgh bertarung nak keluar kan sofea izara .. so itulah hadiah nya ..


Ok berbalik pada cerita untuk tahun ni , kali ni sambutan lain sikit sebab aku buat 3 in 1 terus .. pertama nya sambut birthday amie , kedua tarikh nikah kami ( nikah mmg time bezday amie ) ketiga beza antara hari lahir Sofea Izara dangan 23/10 hanya 3 jam .. so sekali harung la ..

Aku mintak, untuk pilihan hotel aku serahkan pada amie .. dia boleh pilih hotel mana dia nak , tup2 dia bagi tau dah booking kat Lexis PD ..ok fine .. lepas tu aku mintak resit booking , so dari situ la bermula nya operasi suprise2 ni .. call hotel buat pindahan bilik .. Klu tak, sure dapat bilik yang mengadap bilik ke bilik tu .. so call mintak itu ini , hias bilik , seaview , hantar kek , so suma tu amie tak tahu ..

Masuk2 bilik member tekejut wa cakap lu .. korg tengok gambar kat bawah ek .. Cuma aku frust sikt sebab katil tak ada angsa yang cium2 tu .. mungkin angsa tu dah masuk dalam laut tu kot … so dalam bilik dihiasi dengan kelopak2 mawar merah wahhhhh ko nok ..

Kemudian selang beberapa puluh minit staf2 hotel datang ketuk bilik .. kecoh la amie, ada ke suruh aku bukak pintu tu .. memang tak la .. bukan derhaka tapi apa kes lak nanti … so bila amie yang bukak , staf2 hotel tu nyayi reramai ..weehuuuuu amie tekejut dan suka aku rasa J

Cuma nya aku tak sempat nak booking meja untuk makan malam yang ala2 romantika gitu .. Cuma aku dah plan sesuatu utk amie dan anak2 .. apa dia ??? tungguuuuuuuuu … ( gaji jumaat ni weiiiii ) hahahahah

So jom layan gambar2

Sebelum kami check in , kami singgah bawak anak2 pegi tgk binatang2 ni .. 

Hitam putih tema kami  .... 

ni la hiasan yang aku cerita tadi .. anggsa aku dah terbang .. masuk atau lemas dalam laut dah kot


Princess comel mama .. happy birthday yang pertama sayang 

paling teruja masa ni Biasa la Abang Aish la .. dia pulak yang over nak tiup lilin kek tu .. hishhh la :) 

kami anak beranak jer ...


sementara tunggu Abang Aish mandi kolam , adik izara main ngan papa dan mama 

untuk husband ,,.. panjang tau ucapan aku dalam kad ni ...


Tengah bacam kad ...makan dalam ker bang 










Tq korg sudi baca ..

Pada Sofea Izara : mama doakan awak membesar menjadi anak yang cantik disisi Allah , anak yang bijak , inshallah menjadi ‘ hafizah ‘

Pada papa Sofea : u , terima kasih yg tak terhingga dari langit sampi bumi ucapan terima kasih I utk u sebab menjadi imam I , menjadi suami yg sentiasa bertolak ansur , penuh dengan kasih sayang , penuh dengan surprise … 

12 Julai 2016

Sudah tertulis itu dugaan Aku dan suami

hello korg ... Macam mana dengan raya korg untuk tahun ni ? Moga suma nya berjalan dengan lancar dan membahagiakan .. begitu juga aku dan keluarga .. alhamdullilah kerana masih lagi di beri kesempatan untuk menyambut dan meraikan bersama-sama ..

 Pada mereka yang telah tiada terutama buat kakak sulung kakak Ayu dan pakcik Amie , Fiza dan keluarga akan sentiasa doakan kalian ditempat kan dikalangan orang yang beriman . ~ Al – Fatihah ~

Kisah aku pulak seminggu sebelum Raya aku dan suami telah di beri ujian oleh Yang maha Esa dimana Princess comel kami dimasukan ke Hospital kerana jangkitan paru-paru dan nafas nya laju .. Tuhan jer yang tahu perasaan aku masa tu .. Air mata sampi nak kering dah kot .. Terima kasih buat family , Ayah , mak , uncle , umi dan Acu yg sentiasa ada bagi sokongan tika mama tgh ‘ down ‘ .. tak lupa buat abg mizi , angah dan mak .. tima kasih sebab sudi datang melawat …



~ Hancur kan hati ni bila tgk keadaan anak macam ni .. bila turn aku balik umah mak nak rehat kejap ingt nak lelap kejap sebab penat , tapi tak boleh sbb tiap kali pejam mata aku Nampak muka princess  Sofea . menangis smpai dah tak ada air mata nak keluar dah rasanya ~


.

Pertama kalinya aku naik ambulance sambil meriba anak perempuan aku .. Ya Allah tak tertanggung rasa nya bila berada dalam ambulance sambil tengok keadaan anak dengan wayar sana sini .. Tuhan ... 

Hari Pertama Sofea kena bermalam dekat Hospital Kajang , masuk hari ke dua baru transfer ke KPJ.. 


~~ Anak Mama . Sofea Izara .. tak sanggup rasa nya mama lihat keadaan mu nak .. Tiap-tiap bulan awak ada cucuk pun mama suruh papa yang pegang awak , ini kan pulak tengok awak dalam keadaan lemah macam ni 

… Anak-anak mama , membesar lah dengan sihat nak , mama sungguh tak sanggup lihat keadaan awak macam tu lagi .. Andai mama mampu untuk ganti kan tika anak-anak mama sakit pasti itu perkara pertama yang akan mama lakukan .. Bagai disiat2 kulit mama ni bila jarum yang ada dekat tangan awak tu tertanggal darah habis dekat seluar mama dan cadar katil tempat awak rehat …

~ Tuhan ku, aku mohon pada mu lindungilah anak-anakKu dan sentiasalah berikan kesihatan yang terbaik buat Muhammad Aish Iskandar Dan Nur Sofea Izara .. merekalah nyawa dan nafas ku ..



~~ Alhamdulliah Princess Sofea makin sihat dan lincah .. pesanan aku buat ibu2 , lindungi anak2 selagi terdaya dan termampu

 ~ Kita mampu buat yang terbaik , tapi andai kata Allah tetap nak menguji kita sebagai ibu , apalah daya kita untuk menghalang nya ..

Dan buat ibu dan bapa diluar sana andai anak kita sakit atau batuk jangan la kita penting kan diri sendiri dengan membiarkan ianya mengjangkiti anak orang lain .. kawal la anak2 kalian 

Mama sayang Abang Aish dan Adik Sofea 





20 Jun 2016

~Perginya seorang Kakak sulung ~Al - Fatihah Buat Ros Hayou Bt Ahmad ( 30/07/1968-16/6/2016 )

Assalamualaikum 

Rasa nya belum terlewat lagi untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kat korg semua kot .. Jadinya " selamat berpuasa korg " semoga puasa kali ni sama-sama kita berlumba-lumba untuk mencari keberkatan dari Nya dan semoga puasa kali ni bukan puasa kita yang terakhir .. inshallah ..

Cakap pasal puasa yang terakhir , ingin aku cerita kan pada korg semua kisah sedih yang terjadi dalam keluarga kami baru - baru ni .. sebelum tu untuk pertengahan tahun 2016 ni aku telah kehilangan 2 insan yg baik dan yang amat kami sayangi ..

Semoga Pakcik amie dan kak Ayu di tempat kan dikalangan orang-orang yang beriman .. amin


Meh aku ceritakan serba sedikit tentang kak Ayu yang aku kenal selama 6 tahun aku menjadi ahli keluarga belah mertua .. Kak ayu merupakan biras aku yang sulung .Orang nya agak garang , kadang-kadang bila bercakap direct  sikit la.Tapi memang begitu cara kak ayu begurau.. 
 mula-mula lepas kawin aku tekejut jap ngan cara macam tu , lama-lama dah sebati malah leh buat gurau lagi ngan ayat-ayat kak ayu tu heheheheh.

Kak Ayu suka bersedekah , maksud aku Arwah rajin buat makan-makan dekat rumah dia . rajin ajak adik beradik kumpul kat rumah .pantang ada makanan ,ajak jer adik beradik , tak kira adik beradik kandung dia mahupan ipar duai dia .

Kawan-Kawan ,

Banyak sebenarnya yang ingin aku ceritakan mengenai arwah , tapi tetiba aku blur lak . tak tau macam mana nk menyampaikan nya .

Tapi rasanya lebih baik aku beratkan dengan cara beliau menghembus kan nafas nya yang terakhir  yang membuat ramai orang kagum , sebak , bershukur , dan sebagainya ...

~ Abg ipar aku ada bagi tahu yang dia dan kak ayu akan berangkat ke tanah suci pada hari pertama bulan puasa kalau dengan IzinNya . tapi abang ipar dah warning aku awal-awal jangan Tanya atau bagi tau kak ayu yang aku dah tau ,sebab tak nak kecoh2 lagi katanya.SYMP la aku pun ..

Seminggu sebelum Mereka bedua berangkat ke tanah Suci aku sempat singgah kerumah arwah .. sembang-sembang , arwah tak banyak cakap sangat la .. gurau-gurau gitu jer . lepas tu tak contact dah sampai la time nak berangkat tu .

Masa dekat KLIA pun arwah tak banyak cakap .. senyum- senyum jer. Aku  peluk arwah dan mintak arwah doakan aku dan aku doakan arwah selamat pergi dan pulang .



27 April 2016

Anak Encik Zakaria dah 30 Tahun weiiii

bismillah ... 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani ...

Shukur aku pada Yang Maha Esa kerana masih lagi diberi peluang utk bernafas dimuka bumi ini .. Allahuakbar ..


 tak macam tahun-tahun lepas ( meroyan ) huhuhu kali ni lebih banyak diam dari tekinja-kinja sebab xcted hari jadi nak muncul . selalu berangan yang bukan - bukan  bila hari jadi dah dekat ala-ala budak- budak berangan santa claus datang bagi hadiah, aku pun lebih kurang la huhuhu.. 


tapi kali ni baru sedar semua tu tak penting lagi . Apa yang penting sekarang aku ingin melihat orang sekeliling aku sihat dan sentiasa gembira.. suami serta anak - anak , mak ayah dan adik beradik serta keluarga mertua .


26 April 2016 hari ni genap sudah aku 30 tahun . fuh 30 tahun bak hang . dah satu team ngan suami kiranya ni ...  30 tahun yang awesome bebeh . Kadang - kadang bila duduk saja2, tekenang pulak 30 tahun yang lepas, lebih banyak buang masa agak nya . kurang nya ' amalan ' yang aku lakukan . semoga 30 selepas ini, akan aku guna sebaik nya... kejalan yang lebih diredhai . 

Malam 25 April tidur awal nok , sebab ingat tak ada siapa yang ingat yang esok nya hari jadi aku . sebab aku pun sekarang malas nak ambik port dah huhuh , dah tua-tua ni banyak - banyak kan la beribadat tu jer la . Jadi nya marilah kita tidur lebih awal sebab esok nak kerja .. tiba-tiba : eh eh ada pulak orang tengah malam-malam buta ni buat ucapan 

" Happy bithday sayang semoga sayang akan terus happy dan sentiasa menyayangi i dan anak anak " 

aku rasa panjang lagi kot ucapan nya tapi aku tengah ngantuk wei .. aku angguk ha kan jer .. last jawab "i syg u jugak "  terus aku sambung zzzzzzzzzzz ...

esok pagi nya aku diam kejap pk ada ke husband aku ni buat ucapan ... 

anyway aku malas nak cerita dengan lebih detail lg .sebab mood aku tetiba dah berubah . Bos panggil tutup pintu bagi surat .... ko rasa ?????? 



Jadi mood aku tengah berbunga bunga riang gembira .. jadi aku anggap ni hadiah hari jadi dari bos la ... ( wei staff amcorp dapat bonus dan increment wei !!!! ) 

so aku attach kan setiap gambar jer  di setiap perjalan di hari kejadian 26 april 2016 .... 




                          Pic bawah ni masuk jer Office ada hadiah ni .. sweet kan kak liza .. tq kak liz ... 





 ni pulak dr whatsap kawan2 dan famliy .. Terima kasih dengan kata2 dan doa dari kalian semua .. 

Semoga kalian juga sentiasa di lindungi oleh Nya ... Amin 

    








Terima Kasih ....


Lepas solat nak balik office sekali nampak bunga dekat resep .. budak reseption siap cakap " wahhh kak fiza dapat bunga la .. ni anivesry atau bezday ni kak " erkkkkk wah laki aku dah berubah jadi romantik ke ... 

tq sayang ... 




Kemudian lunch En Amie datang ..' ur day today " so datang la en Amie lunch birthday kata nya ... tq love ...






sambung ke malam pula ...

yg ni sumpah tak tau En Amie dah plan sumanya .. tapi kata nya dia ada bg tau masa lunch, yg malam dia nak bawak pergi dinner .. sumpah nok i ollss tak dengar .. En Amie tanya nak makan apa .. aku jawab nk makan kat WHITE COFEE JER .. 

Tapi rupanya ...... wahhhh romantik jugak bak hangggg 





masa kami sampai dekat restorant ni hanya kami berdua jer .. aku ingat En Amie booking satu restorant ni utk aku hahahahahha over kan berangan ( ko hingat ko TMJ ank keturunan sultan johor ) ... nak selesai makan baru la pasangan kat belakang tu muncul ...











Tamat utk tarikh 26/4/2016 .....


~ sambung pulak pada 27/4/2016 ~ 


27/4/2016 pulak kakak – kakakk dari AMBCT ajak lunch date .. ajak celebrate birthday katanya .. huuuu sweet nya .. then bila time nak bayar tu .. manager Kenny Rogger kata “ kak , tak per birthday gil ni punya makanan  free tak yah bayar . “ ko rasa nok ? Rezeki + siap bagi kek … Omg …  TQ Allah 




Alhamdullilah dengan 30 tahun yang sangat mengembira kan ini …


~~ t.a.m.a.t ~~ 






................**................

................**................

Pages