12 Julai 2016

Sudah tertulis itu dugaan Aku dan suami

hello korg ... Macam mana dengan raya korg untuk tahun ni ? Moga suma nya berjalan dengan lancar dan membahagiakan .. begitu juga aku dan keluarga .. alhamdullilah kerana masih lagi di beri kesempatan untuk menyambut dan meraikan bersama-sama ..

 Pada mereka yang telah tiada terutama buat kakak sulung kakak Ayu dan pakcik Amie , Fiza dan keluarga akan sentiasa doakan kalian ditempat kan dikalangan orang yang beriman . ~ Al – Fatihah ~

Kisah aku pulak seminggu sebelum Raya aku dan suami telah di beri ujian oleh Yang maha Esa dimana Princess comel kami dimasukan ke Hospital kerana jangkitan paru-paru dan nafas nya laju .. Tuhan jer yang tahu perasaan aku masa tu .. Air mata sampi nak kering dah kot .. Terima kasih buat family , Ayah , mak , uncle , umi dan Acu yg sentiasa ada bagi sokongan tika mama tgh ‘ down ‘ .. tak lupa buat abg mizi , angah dan mak .. tima kasih sebab sudi datang melawat …



~ Hancur kan hati ni bila tgk keadaan anak macam ni .. bila turn aku balik umah mak nak rehat kejap ingt nak lelap kejap sebab penat , tapi tak boleh sbb tiap kali pejam mata aku Nampak muka princess  Sofea . menangis smpai dah tak ada air mata nak keluar dah rasanya ~


.

Pertama kalinya aku naik ambulance sambil meriba anak perempuan aku .. Ya Allah tak tertanggung rasa nya bila berada dalam ambulance sambil tengok keadaan anak dengan wayar sana sini .. Tuhan ... 

Hari Pertama Sofea kena bermalam dekat Hospital Kajang , masuk hari ke dua baru transfer ke KPJ.. 


~~ Anak Mama . Sofea Izara .. tak sanggup rasa nya mama lihat keadaan mu nak .. Tiap-tiap bulan awak ada cucuk pun mama suruh papa yang pegang awak , ini kan pulak tengok awak dalam keadaan lemah macam ni 

… Anak-anak mama , membesar lah dengan sihat nak , mama sungguh tak sanggup lihat keadaan awak macam tu lagi .. Andai mama mampu untuk ganti kan tika anak-anak mama sakit pasti itu perkara pertama yang akan mama lakukan .. Bagai disiat2 kulit mama ni bila jarum yang ada dekat tangan awak tu tertanggal darah habis dekat seluar mama dan cadar katil tempat awak rehat …

~ Tuhan ku, aku mohon pada mu lindungilah anak-anakKu dan sentiasalah berikan kesihatan yang terbaik buat Muhammad Aish Iskandar Dan Nur Sofea Izara .. merekalah nyawa dan nafas ku ..



~~ Alhamdulliah Princess Sofea makin sihat dan lincah .. pesanan aku buat ibu2 , lindungi anak2 selagi terdaya dan termampu

 ~ Kita mampu buat yang terbaik , tapi andai kata Allah tetap nak menguji kita sebagai ibu , apalah daya kita untuk menghalang nya ..

Dan buat ibu dan bapa diluar sana andai anak kita sakit atau batuk jangan la kita penting kan diri sendiri dengan membiarkan ianya mengjangkiti anak orang lain .. kawal la anak2 kalian 

Mama sayang Abang Aish dan Adik Sofea 





................**................

................**................

Pages