14 Januari 2013

:: mUHAMMAD aISH iSKANDAR yANG Soleh :) ::





Ahad yang lepas mama dan papa ‘bz’ satu hari …. Termasuk la Muhammad AIsh Iskandar yg juga ‘bz’ belajar J  mama bawak Muhammad Aish Iskandar ke Puchong untuk mengikuti kelas perkembangaan bayi .. mama dah lama sebenarnya mengikuti FB ‘ baby on board’ ni … mama tetarik lak .. jd mama ajak papa tuk join aktiviti yang telah di sediakn… so mama dan papa termasuk hero kecil sampai ke ‘ kelas’ jam 1.35 ptg.. sedangkan kelas bermula jam 1.30… hehehehe papa sesat al – maklum la puchong bukan tempat kami . J jadi bila sampi kelas telah bermula.tapi tak ada la banyak sangat yang kami anak beranak terlepas …  so jom kita cuci mata apa yang telah papa tangkap … cet it out J


atas ni pic masa Muhammad Aish Iskandar baru samapi teacher Watie panggil Aish tuk tampal nama kat dada Muhammad Aish Iskandar 



So atas ni ni la pic 'Tag ' nama Aish ...



atas ni pulak suma 'kanak-kanak- di beri pasir untuk mereka mengelak knrasa geli dan sementara tu nak tengok sama ada mereka paham tak dengan arahan yang diberi :) 



 Aish Iskandar berkenalan..


sebelum ni Teacher Watie tunjuk kan dulu ' how to do ' then semua kanak2 ni di beri seorang satu mangkuk yang berisi straw yang telah di potong dan ' tali kecil' untuk di masuk kan satu persatu ... 



ni pulak get ready nak menari .. ;) 



baloon time :) 


kelas ni habis jam 2 petang .... apa yang mama leh rumus kan .. kelas ni bagus untuk kanak-kanak.. atlst kita tau permainan yang boleh menajam kan pemikiran mereka... dan mama terus beli permainan dan alat-alat yang boleh menguji Muhammad Aish Iskandar :) 




11 Januari 2013

Impian :: MUHAMMAD AISH ISKANDAR COMEL DAN PANDAI :)


Jumaat yang nyaman .. Alhamdullilah…. Mood gembira J

Impian dan idola ….. J

semua orang pasti ada impian betul ? macam tu juga impian mama dan papa..mama pernah Tanya papa , IF kita punyai wang ringgit atas ‘perniagaan’ yang kita bina kelak apa yang papa nk buat …. Jawapan papa “ nak beli kereta untuk mak dan ayah “ mean untuk mertua ku … sebabnya mama bagi tahu papa.. andai kelak kita mempunyai perniagaan kita sendiri dan ia nya maju seperti yang diimpikan ,mama harap mama dapat buat sesuatu dekat mertua mama… macam buat rumah banglo untuk mereka J heheheeh dan lepas tu yang papa sambung nak beli kereta untuk mereka


Yea..itu la impian kami berdua .. mama impikn sebuah perniagaan dimana tuan atau bos nya adalah mama… mama ada shop lot sendiri atas nama mama….. hebat bunyi nya kan ..tp itu la impian yg di tanam dari dulu .. inshallah akan mama laksana kan sebelum mama genap 30 tahun … inshallah dengan izin Allah S.W.T. Sesungguhnya 99% keuntungan atau kekayaan datang nya dari berniaga. Dan mama pernah tengok satu rancangan tak ingat la samaada NONA ATAU WHI .. tetamu nya Dato’ maznah Hamid … kata nya masa tu Linda Onn pun jadi tetamu undangan … “ kalau kita nak Berjaya atau jadi jutawan mula kana pa saja pun perniagaan ketika muda lebih tepat dalam umur lingkungan 26 tahun ..lagi muda lagi bagus. By the time dah umur 30 lebih perniagaan mungkin dah stabil J betul kan kalau dipikir kanJ

So mama sekarang sudah 27 tahun mama dah terlajak satu tahun.tp tak per mama akan berusaha dan letak target mama J mama yakin mama mampu buat sesuatu dekat diri mama..inshallah dengan izin Allah J

Datuk Maznah juga macam jutawan melayu yang lain .. bermula dari bawah jadi mama rasa kenapa mama tak boleh kan .. papa selalu kata , untuk permulaan mungkin akan rasa susah dan tertekan tapi kalau kena dengan gaya nya 3 bulan mungkin dah boleh cover semua .. J Thank you papa J

Sini mama copy sikit tentang perjalan Datuk Maznah Hamid lets cek it out  J  :


"Dalam menempuhi perjalanan hidup, kegetiran, kesukaran untuk
berada di tahap sekarang tetapi segalanya terhasil sehinggakan
beliau diberi jolokan 'The Iron Lady'. Berdasarkan pengalaman
berguru dengan beliau, boleh saya katakan beliau bukanlah
calang - calang wanita.

Beliau bukan sekadar seorang isteri, ibu kepada 5 orang
putera - puteri, tetapi juga seorang Pengerusi Eksekutif
yang menerajui 55 cawangan Seciriforce dengan jumlah 5000
kakitangan dan dikelilingi ratusan senjata api dan puluhan
van kelis peluru. Beliau berasal dari Jerlun, Kedah dan
hanyalah seorang insan yang biasa sahaja.

Beliau dibesarkan oleh datuk dan nenek yang memiliki latar
belakang agama yang kuat dan konservatif. Banyak perkara
tidak boleh dibuat sehinggakan untuk belajar di sekolah orang
putih pun dilarang. Namun disebabkan kegigihan dan kemahuan
yang tinggi, beliau tetap ke sekolah Inggeris pada sebelah
pagi dan petangnya belajar di sekolah agama pada sebelah petang.

"Pesan nenek pada beliau, jikalau tidak lulus MCE (sekarang SPM),
saya disuruh jadi usatazah dan apabila tamat pengajian di
Unversiti dia mahu saya saya jadi tokoh agama. Tapi yang
bagusnya apabila pendidikan agama kita kuat, tidak kira di
mana kita berada walaupun jauh beribu batu dari keluarga
tercinta, kita tidak mudah tergelincir atau tersasar dari landasan".

Datuk Maznah pernah berpesan "Untuk berjaya, kaya, bahagia
dan hidup senang, seseorang itu memerlukan ilmu dan kemahiran
dalam pelbagai aspek" Ini kerana dengan mempunyai pelbagai
kemahiran, punca pendapatan kita datang dari pelbagai cabang
dan ditambah dengan pencapaian akademik yang kita miliki.
Bagi beliau untuk berjaya kita memerlukan 80 peratus kepintaran
EQ dan 20 peratus kepintaran IQ (akademik).

Atas dasar kegigihan inilah beliau telah dijadikan duta oleh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), untuk
mempromosikan 'Keusahawanan Suatu Kerjaya Pilihan' dimana
beliau bertindak memberi motivasi keusahawanan, peluang dan
cabaran melalui seminar kepada semua graduan.

Datuk Maznah pernah berkata " Saya sentiasa mempertingkatkan
kemampuan diri dari segi bakat, kemahiran, pelan pemasaran
dan juga mutu produk dan perkhidmatan yang syarikat kami tawarkan.
Saya 'jual' kualiti diri saya dan syarikat yang saya jadikan
modal utama merintis kejayaan saya pada hari ini". Dan akhirnya
beliau bukan sahaja dikenali sebagai wanita yang menceburi
bidang lelaki tetapi juga berjaya menyaingi golongan terbabit."




09 Januari 2013

Muhammad Aish Iskandar yang comel lagi bijak :)


‘keterujaan seorang ibu ni bila Nampak perkembangan anak nya akan lain jadi nya..sifat bangga menjadi-jadi bila bercerita kat orang J yea la mana tak bangga yea tak dah didik anak jadi cam tu J

Dan bagi mama Muhammad Aish Iskandar pulak , mama akan baca setiap blog baru yang akan mencerita kan perkambangan anak-anak mereka yang sebaya Muhammad Aish Iskandar. Search punya search tu yang jumpa blog ‘Bayt Al-Iman”…. Mama suka bila tiap kali penulis menulis tentang anak nya … bila mama baca blog ni baru mama sedar banyak benda mama tak buat lagi untuk Muhammad Aish Iskandar .

Dan apa yang mama belajar lagi mama perasan setiap kali penulis ingin post sesuatu cerita, penulis akan terlebih dulu memuji anak nya contoh ayat “ Muhammad Aish Iskandar yang Bijak pandai “ … dan mama tahu mengapa penulis berbuat begitu….. sesungguh nya kata-kata itu adalah doa..satu hari berapa kali orang baca blog beliau ? dan setiap kali orang ingin memula kan bacaaan for sure akan baca tajuk tu dulu betul? Jadi semua orang akan mendoakan anak nya itu J

Dan sebab itulah mama pun meniru heheheheh …. Dan rakan-rakan ,ibu-ibu selalu la puji memuji anak2 kita….panggil la anak dengan pangilan yang baik dan belakang ayat tambah lah dengan ayat pujian … yang selalu mama pangil Muhammad Aish Iskandar , “ Aish Iskandar anak mama yang bijak come here sayang “ …… J


JADI terbaru mama up kan perkembangan MuHAMMAD Aish Iskandar .mama dah ajar pegang pen dan ‘start ‘ menulis ..tp dia tulis dalam bhasa jerman nya ………. 



Pantang namapk camera ....


nampak camera terus berenti nk posing 



nmpk sgt bosan nya tu kan :) 









Yang atas ni hasil kerja Muhammad Aish Iskandar yang bijak ... :) 


" mama look here,i want show u something... Muhammad Aish Iskandar bg arahan ....

08 Januari 2013

Muhammad Aish Iskandar yang bijak pandai :)





Hmmmm berhabuk nya la ‘rumah’ ni ….. lama nya tak update… Kalau yang terakhir post adalaha masa Muhammad Aish Iskandar Lahir…sekarang ni Muhammad Aish Iskandar dah Setahun tiga bulan ..peh setahun lebih tak jenguk blog ni …  J

Alhamdullilah kehidupan semakin bahagia… Dan shukur pada tuhan yang maha satu Muhammad Aish Iskandar hingga kini masih lagi menyusu badan tanpa campur mana-mana susu formula .. ‘ hebaat mama “ heheeheeh

Mama  search internet cr info-info yang berguna untuk membesar kan Muhammad Aish Iskandar.. Cari panduan kata nya ..almaklum la kita ni cetek kn pengetahuan agamanya jd cari la bahan rujukan yang boleh diguna pakai J

Alhamdullilah perkembangan Muhammad Aish Iskandar ‘selari’ dengan umur nya … itu apa yang mama baca diinternet la J Kebolehan Muhammad Aish Iskandar membuatkan mama dan papa teruja dan mama percaya ini semua adalah pengaruh terbesar yang diajar oleh mak tok,tok ayah ,Uncle Gi,Unty yaya dan Pak su 

….Mereka memainkan peranan terbesar sebab nya mama akan hantar Muhammad Aish Iskandar seawal jam 8.30 pagi dan akan ambil nya pulang jam 8.00 malam..Jadi disitulah Muhammad Aish Iskandar Belajar semua ‘benda’.Mama sedikit terkilan disitu .. Mama dan papa hanya luang kn masa jam 8.00 malam dan keatas.. andai Muhammad Aish Iskandar letih bermain waktu petang dia akan tidur awal , jadi lagi sekejap la masa mama dan papa dengan Muhammad Aish Iskandar L … Sabtu dan ahad adalah masa ‘emas’ mama dan papa untuk lihat kebolehan Muhammad Aish Iskandar apa yang dia telah belajar ketika bersama mak tok J 

….Tapi mama tetap bershukur Muhammad Aish Iskandar membesar dengan penuh kasih sayang dan Muhammad Aish Iskandar dapat  perhatian yang tidak berbelah bahagi oleh orang sekeliling nya .. Terima Kasih Ya Allah J


Selama setahun tiga bulan Muhammad Aish Iskandardijaga oleh mak tok .Macam –macam yang telah mak tok ajar dekat Muhammad Aish Iskandar …..Dan dari situ mama dan papa tahu yang mak tok adalah guru terhebat tika ini J  Walaupun mama selalu risau kenapa Muhammad Ais Iskandar tak bercakap ‘Bahasa Malaysia’ ( lancar berkata-kata) tapi Muhammad Aish Iskandar bijak benda lain.Ramai yang kata “ nanti bila anak tu dah pandai bercakap tak terlayan nanti “ J

Dan seperti biasa setiap hari ada jer benda baru yang mak tok akn ‘show off ‘ tiap kali mama dan papa sampai rumah mak tok untuk jemput Muhammad Aish Iskandar pulang.Yang terbaru mak tok bagi arahan pada Muhammad Aish Iskandar untuk tunjuk ‘ something’ dekap mama dan papa…. DAN ARAHAN MAK TOK IALAH :

“ Aish hembus hingus macam mana?” (sambil mak tok letak tuala dekat hidung Muhammad Aish Iskandar )

Mama teruja dan papa senyum Muhammad Aish Iskandar hembus hingus walau pun ‘slow’ tapi dia tau J pandang muka mak tok , mak tok senyum ada riak bangga disitu heheheh  sebab cucu kesayangan ikut arahan yang diberi….

Dan mak tok bagi arahan lagi :

“ Aish tidur tipu-tipu macam mana? Pejam mata macam mana? “

Tekelip2 Muhammad Aish Iskandar pejam mata..alo alo cute nya budak kecik ni hehehe..pandai pengasuh ni ajar budak bijak anak mama ni ..



Perkembangan Muhammad Aish Iskandar Ketika ini :-

;;;; Setiap kali mama dan papa hendak pergi kerja atau pulang dari kerja Muhammad Aish Iskandar telah diajar untuk salam kami terlebih dahulu.Itu adalah perkara yang wajib Muhammad Aish Iskandar buat .. Dan Muhammad Aish Iskandar perlu salam mak tok,tok ayah , uncle gi dan pak su sebelum mama dan papa bawak Muhammad Aish Iskandar pulang .

::: Muhammad Aish Iskandar sudah faham dengan arahan yang di beri …  dan ayat mama buat Muhammad Aish Iskandar :
   “ Aish tolong mama ambil kan remote tv tu (sambil tangan tunjuk kat mana remote tu )..taraaaaa Muhammad Aish Iskandar tekedek-kedek gi ambik remote dan bagi mama…
Dan mama test lagi ..

Bukak baju Muhammad Aish Iskandar dan suruh dia letak baju kotor tu dalam bakul yang mama dah sedia kan … “ Aish letak baju ni dalam bakul tu “ ( sambil tangan tunjuk kearah bakul tu ) yes !!!!! dia Berjaya letak baju di tempat yang sepatut nya J Semua nya dengan izin Allah J

Tapi budak bijak ni kalau kena tang malas dia datang …suruh dia tutup pintu pun.. jangan harap la arahan tu dia buat …. Anak mama….

::: Setahun 3 bulan Muhammad Aish Iskandar dah boleh suap makanan sendiri ke dalam mulut dia … dah suap comot jangan cakap la … Cuma tiap kali bagi makanan dekat Muhammad Aish Iskandar kena pantau la ..takut dia tercekik .

::: when u ask him “ Aish where is d moon ? then dia akan look up ang angkat tangan tunjuk keatas tu bulan …. Bila Tanya Aish where is bird … dia akan tunjuk burung yang sedang terbang tu J begitu juga bila Tanya where is lizard ,aeroplane,cat,so dia mengenalinya …alhamdullilah semuanya dengan izIN Allah ..

:::: Muhammad Aish Iskandar tak pandai lagi untuk pakai seluar sendiri tapi bila mama hendak pakai kan dia seluar mama letak seluar tu dekat bawah kaki dia then dia akan sendiri masuk kan kaki satu-satu J

Alhamdullilah dengan izin Allah semua ni berlaku .


Mungkin anak-anak seangkatan atau seumur Muhammad Aish Iskandar sudah tahu macam-macam atau mungkin lebih  dari apa yang baru Muhammad AIsh Iskandar buat ni … sesungguh nya semua anak yang lahir ada kelebihan nya tersendiri kn .. mama tetap bershukur J

::: dan everytime suruh “ Aish sitdown” then dia akan duduk J best2

::: dan mak tok juga ajar Muhammad Aish IsKANDAR sebelum makan atau minum ken abaca bismillah dulu … Muhammad Aish Iskandar tau kena tadah tangan tapi amin cepat sangat ..ish Aish aish…. J

~~~ mama selalu kata dekat kakak office mama ni semoga saya tak tersalah mengasuh dan mendidik anak saya ni kak .. semoga cara saya ni betul dan Muhammad Aish ISkandar akan jadi anak yang bijak dan berguna .Sebab apa yang mama perhatikan dengan umur Muhammad Aish ISkandar sekarang dia perhati, dan tiru apa yang kita laku kan depan dia J dan sekarang adalah Muhammad Aish IsKANDAR MENDAPAT SEPENUH kasih sayang yang tidak berbelah bahagi .dan mama selalu kata dekat papa (tak tahulah papa ingat atau tak)

“ syg,kita hantar Aish pagi dan kita jemput dia malam.bila dah malam dia sure penat main dan cepat tidur,berapa lama sangat masa kita dengan dia ,bergurau dengan dia.sabtu pulak sayang kerja so ahad jer yang ada.so ada masa satu hari jer tuk bermain dengan dia L apa yang kita ajar dia dalam satu hari ? … itu yang kadang –kadang bila papa nk pergi mincing mama agak hijau di situ :P heheheh sekarang anak adalah keutamaan bukan lagi hobi J

Renung-renungkan ..

Semogam Muhammad Aish Iskandar membesar menjadi anak bijak pandai dan soleh amin



................**................

................**................

Pages