hola kawan-kawan .....
ni aku tertarik dan tiba2 menjadi rajin untuk menaip ...
suma nya tentang Paul Walker atau Braian O'Corner.
Entry yang sebelum ni aku ada bercerita tentang Fast
& Furious 6.macam mana perjalanan cerita nya ... Tapi hmmmm ohh sadis
lak ... gila sentap dan tacing nok .... mana idak nya aku ikuti kot
perkembangan cter ni dr mula sampai la yang ke 6.so pasti ramai yang dah tahu
kisah yang bakal aku cter ni .
Paul Walker Al Kisah kehidupan nya ...... ( sumber dari
Yahoo.com )
Berdarah Irish, Inggeris dan Jerman, Paul Walker, atau
nama sebenarnya Paul William Walker IV, merupakan anak kepada model peragaan,
Cheryl Crabtree dan kontraktor pembentung Paul William Walker III. Datuk
daripada sebelah ayahnya merupakan peninju profesional yang digelar 'Irish
Billy Walker'.
Dia dan bekas teman wanitanya Rebecca McBrain memiliki
seorang anak perempuan yang diberi nama Meadow Rain. Meadow tinggal bersama
ibunya di Hawaii selama 13 tahun sehinggalah dia berpindah ke California untuk
tinggal bersama Walker pada tahun 2011.
Walker memulakan kerjaya seninya melalui bidang peragaan
pengiklanan sejak berusia dua tahun dengan membintangi iklan-iklan TV seperti
Pampers dan Showbiz Pizza. Dia kemudiannya membuat kemunculan dalam beberapa
siri TV seperti "Highway To Heaven", "Who's The Boss?", dan
"The Young And The Restless", sebelum membintangi filemnya yang
pertama, komedi seram "Monster In The Closet" pada tahun 1986.
Walker pernah mencuba nasib dalam ujibakat pencarian
pelakon untuk watak Anakin Skywalker untuk filem "Star Wars Ep. II dan
III" tapi dikatakan terlalu tua untuk peranan tersebut. Menurut Walker,
itu satu-satunya watak yang paling diidamkannya seumur hidup.
Sekalipun sudah membintangi lebih 30 buah filem, 10 buah
siri TV dan dua buah video muzik, Walker tidak suka menonton lakonannya sendiri
di skrin dan hanya akan menonton persembahannya sekali sahaja.
Dia memiliki tali pinggang coklat dalam seni pertahanan
diri jiu-jitsu Brazil (BJJ) di bawah latihan Ricardo 'Franjinha' Miller di
Paragon Jiu-Jitsu.
Walker begitu meminati ahli biologi marin Perancis
Jacques-Yves Cousteau dan membuat pengkhususan kolej yang sama kerana perasaan
cintanya terhadap bidang tersebut. Dia mengecapi impian sekian lamanya itu
dengan menyertai program 'Expedition Great White' kelolaan saluran National
Geographic pada tahun 2010 di mana Walker dan para kru jerung menghabiskan masa
selama 11 hari mencari dan meletakkan pengesan pada tujuh ekor yu putih di
pesisir luar Mexico. Walker juga menyertai Lembaga Pengarah Pertubuhan Billfish
pada tahun 2006.
Walker juga terlibat dengan kerja-kerja kebajikan dengan
pasukan bantuan kemanusiaannya, Reach Out Worldwide. Pada Mac 2010, Walker ke
ConstituciĆ³n, Chile untuk membantu mangsa-mangsa yang tercedera dalam bencana
gempa bumi 8.8 skala richter. Dalam tahun yang sama, dia turut ke Haiti untuk
membantu para mangsa gempa bumi di sana. Malah beberapa jam sebelum
kematiannya, Walker juga terlibat dengan acara kebajikan untuk membantu mangsa
taufan di Filipina.
Selain daripada luncur air, sukan yang gemar dilakukannya
di Pantai Huntington yang terletak berdekatan dengan rumahnya di California,
Walker juga suka melancong dan pernah melawat India, Fiji dan Costa Rica.
Sama seperti wataknya Brian O'Conner dalam francais
"Fast & Furious", Walker juga amat sukakan permotoran dan
menggelar dirinya 'total gear head'. Malah dia memiliki kereta Nissan Skyline
R34 yang digunakan dalam "2 Fast 2 Furious" (2003). Walker juga
sebahagian daripada pasukan AE Performance dan pernah bertanding dalam siri
perlumbaan Redline Time Attack menggunakan M3 E92. Dia dikatakan dalam
persiapan untuk sebuah pameran auto sebelum kematiannya.
Sekalipun wataknya sebagai Brian O'Conner dalam francais
"Fast & Furious" yang menaikkan nama Walker bermula tahun
2001, dia pernah membintangi beberapa filem popular sebelum itu seperti filem
sukan remaja, "Varsity Blues" bersama James Van Der Beek,
"Pleasantville" bersama Reese Witherspoon, komedi romantik remaja
"She's All That" bersama Freddie Prinze Jr. dan Rachael Leigh Cook,
serta sitkom "Throb" ketika berusia 13 tahun. Kemudian baru muncul
filem-filem hebat lain seperti "Into The Blue" (2005), "Flags Of
Our Fathers" (2006), dan "The Lazarus Project" (2008).
::: dan dari apa sumber yang aku baca lagi Fast &
furious 7 tgh dalam 'pemprosesan'
kiranya tak sempat habis la .hero utama nya mati. dalm fast 7 ni Han
mati akibat kemalangan dan kereta nya terbakar. tapi yang realty nya hero nya
mati dalam kemalangan dan kereta nya terbakar.itulah dinama kan ajal maut di
tangan tuhan kan :::
bye handsome .. will miss u hihihi