11 Januari 2013

Impian :: MUHAMMAD AISH ISKANDAR COMEL DAN PANDAI :)


Jumaat yang nyaman .. Alhamdullilah…. Mood gembira J

Impian dan idola ….. J

semua orang pasti ada impian betul ? macam tu juga impian mama dan papa..mama pernah Tanya papa , IF kita punyai wang ringgit atas ‘perniagaan’ yang kita bina kelak apa yang papa nk buat …. Jawapan papa “ nak beli kereta untuk mak dan ayah “ mean untuk mertua ku … sebabnya mama bagi tahu papa.. andai kelak kita mempunyai perniagaan kita sendiri dan ia nya maju seperti yang diimpikan ,mama harap mama dapat buat sesuatu dekat mertua mama… macam buat rumah banglo untuk mereka J heheheeh dan lepas tu yang papa sambung nak beli kereta untuk mereka


Yea..itu la impian kami berdua .. mama impikn sebuah perniagaan dimana tuan atau bos nya adalah mama… mama ada shop lot sendiri atas nama mama….. hebat bunyi nya kan ..tp itu la impian yg di tanam dari dulu .. inshallah akan mama laksana kan sebelum mama genap 30 tahun … inshallah dengan izin Allah S.W.T. Sesungguhnya 99% keuntungan atau kekayaan datang nya dari berniaga. Dan mama pernah tengok satu rancangan tak ingat la samaada NONA ATAU WHI .. tetamu nya Dato’ maznah Hamid … kata nya masa tu Linda Onn pun jadi tetamu undangan … “ kalau kita nak Berjaya atau jadi jutawan mula kana pa saja pun perniagaan ketika muda lebih tepat dalam umur lingkungan 26 tahun ..lagi muda lagi bagus. By the time dah umur 30 lebih perniagaan mungkin dah stabil J betul kan kalau dipikir kanJ

So mama sekarang sudah 27 tahun mama dah terlajak satu tahun.tp tak per mama akan berusaha dan letak target mama J mama yakin mama mampu buat sesuatu dekat diri mama..inshallah dengan izin Allah J

Datuk Maznah juga macam jutawan melayu yang lain .. bermula dari bawah jadi mama rasa kenapa mama tak boleh kan .. papa selalu kata , untuk permulaan mungkin akan rasa susah dan tertekan tapi kalau kena dengan gaya nya 3 bulan mungkin dah boleh cover semua .. J Thank you papa J

Sini mama copy sikit tentang perjalan Datuk Maznah Hamid lets cek it out  J  :


"Dalam menempuhi perjalanan hidup, kegetiran, kesukaran untuk
berada di tahap sekarang tetapi segalanya terhasil sehinggakan
beliau diberi jolokan 'The Iron Lady'. Berdasarkan pengalaman
berguru dengan beliau, boleh saya katakan beliau bukanlah
calang - calang wanita.

Beliau bukan sekadar seorang isteri, ibu kepada 5 orang
putera - puteri, tetapi juga seorang Pengerusi Eksekutif
yang menerajui 55 cawangan Seciriforce dengan jumlah 5000
kakitangan dan dikelilingi ratusan senjata api dan puluhan
van kelis peluru. Beliau berasal dari Jerlun, Kedah dan
hanyalah seorang insan yang biasa sahaja.

Beliau dibesarkan oleh datuk dan nenek yang memiliki latar
belakang agama yang kuat dan konservatif. Banyak perkara
tidak boleh dibuat sehinggakan untuk belajar di sekolah orang
putih pun dilarang. Namun disebabkan kegigihan dan kemahuan
yang tinggi, beliau tetap ke sekolah Inggeris pada sebelah
pagi dan petangnya belajar di sekolah agama pada sebelah petang.

"Pesan nenek pada beliau, jikalau tidak lulus MCE (sekarang SPM),
saya disuruh jadi usatazah dan apabila tamat pengajian di
Unversiti dia mahu saya saya jadi tokoh agama. Tapi yang
bagusnya apabila pendidikan agama kita kuat, tidak kira di
mana kita berada walaupun jauh beribu batu dari keluarga
tercinta, kita tidak mudah tergelincir atau tersasar dari landasan".

Datuk Maznah pernah berpesan "Untuk berjaya, kaya, bahagia
dan hidup senang, seseorang itu memerlukan ilmu dan kemahiran
dalam pelbagai aspek" Ini kerana dengan mempunyai pelbagai
kemahiran, punca pendapatan kita datang dari pelbagai cabang
dan ditambah dengan pencapaian akademik yang kita miliki.
Bagi beliau untuk berjaya kita memerlukan 80 peratus kepintaran
EQ dan 20 peratus kepintaran IQ (akademik).

Atas dasar kegigihan inilah beliau telah dijadikan duta oleh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), untuk
mempromosikan 'Keusahawanan Suatu Kerjaya Pilihan' dimana
beliau bertindak memberi motivasi keusahawanan, peluang dan
cabaran melalui seminar kepada semua graduan.

Datuk Maznah pernah berkata " Saya sentiasa mempertingkatkan
kemampuan diri dari segi bakat, kemahiran, pelan pemasaran
dan juga mutu produk dan perkhidmatan yang syarikat kami tawarkan.
Saya 'jual' kualiti diri saya dan syarikat yang saya jadikan
modal utama merintis kejayaan saya pada hari ini". Dan akhirnya
beliau bukan sahaja dikenali sebagai wanita yang menceburi
bidang lelaki tetapi juga berjaya menyaingi golongan terbabit."




................**................

................**................

Pages