27 Mei 2013

FAST & FURIOUS 6 ...



Actually aku tersangat la tak saba nak share dengan korg semua... setelah 2 tahun rasa nya 

( start dari mengandung budak bijak tu sehinggala dia dah nak masuk 2 tahun ) 

me and husband mmg dah lama la tak masuk atau jejak kan kaki ke panggung wayang .

Plan memang ada konon2 nak tinggal kan budak bijak tu dekat mak kejap .. hmmm tapi memang la tak menjadi ...

Sehingga la taraaaaa...... FAST & FURIOUS 6 keluar .. Thank God sebab me and husband 

mempunyai minat yang sama yesss KERETA ......  

so hari kedua tayangan FAST 6 aku dengan bebesar hati beli tiket wayang dan urus kan yang lain-lain .... 

peh ala-ala dating masa zaman remaja gitu . kelas nok mak jalan bepegang-pegangan makan mengadap2 Cuma tak bersuap-suap la heehhehe




Ok back to the story .

Aku bg 4.5 bintang dari 6 full star.

FAST AND FURIOUS 6 yang diarahakn oleh JUSTIN LIN ni Penuh dengan lawak dan  FAST 6 kali ni bukan lah mengisahkan tentang lumba kereta macam fast-fast yang lepas . 


Ok aku cerita apa yang aku ingat yea hehehe actly suma pun ingat tapi agak2 la aku nak menaip suma kan

Mia dan Brian O' Conner dah ada anak lelaki yang diberi nama JACK
ejen Luke Hobbs ( THE Rock)  dan rakannya Riley kena siasat tentang kemusnahan sebuah konvoi tentera Rusia oleh bekas British Khas Angkatan tentera Owen Shaw dan KUNCU-KUNCUNYA . 

Hobbs jumpa Dominic dan memujuk dia untuk membantu menangkap Shaw itupun lepas menunjukkan kepadanya gambar Letty Ortiz, bekas teman wanita Dominic, yang dia fikir dah mati. 

Dominic mula menghubungi rakan-rakannya yang lain untuk  mereka menerima misi dengan syarat mereka membuat pertukaran untuk pengampunan penuh bagi jenayah mereka yang lalu, yang akan membolehkan mereka untuk pulang ke Amerika Syarikat,manakala Mia dan Elena kekal dengan Jack.



Sampai separuh cerita ni me bisik dekat husband " macam tengok RAJA LAWAK jer" sebab penuh dengan lawak yang dibuat oleh Tyrese Darnell Gibson..mamat berkulit hitam tu la huhuhu.Rasa nya setuju atau tak kata  dia juga yang menghidupakan jalan cerita ni dengan lawak ' bengong' dia tu hehehehe






Tapi bagi yang meminati dunia kereta bukanlah lawak yang mereka nak tengok sebenarnya,tapi lebih kepada aksi kereta-kereta tu dan jenis-jenis kereta yang diguna pakai..


Sepanjang DUA JAM lebih kalau tak salah aku dalam wayang tu hati aku tidak lagi tetarik pada 'DOM' ATAU Vin Diesel

.kalau sebelum ni fast 1 , dan fast2 yang lain  aku sangat  teruja dengan DOM atau Dominic Toretto ni .bukan sebab dia kacak , bukan sebab dia berbadan sasa hhehehe tapi aku suka sebab dia sangat lah cool.dan setia okey...

dan aku sangat teruja cara dia layan letty untuk fast2 yang lepas . I cant remember fast yang  mana tapi aku ingat lagi babak yang mana dom dikelilingi perempuan-perempuan sebelum memula kan race , Letty datang dan dom kata ' ini lah hadiah yang terbesar yang dia mahu ' ( lebih kurang la hehehe) sambil dukung letty dan letak atas boot kereta .. demm sweet okeeyyy...






Dalam FAST 6 watak letty dihidupkan kembali .. macam mana dia hidup korg gi la tengok sendiri hahahahha . complicated la nak cerita .

Dalam FAST 6 ni dia hilang ingatan .dia tak kenal DOM sampai la babak bila dia nak race dengan dom.ha part ni mmg aku suka.Dom cuba nak kembalikan memori-memori yang lepas tapi still juga tak Berjaya .

 cissssss tak jadi cium hahahah letty nak bla pulak . yup secara jujur aku suka bila DOM usik rambut letty , peluk letty , dan letty duduk atas dom.. (part last tu yang dorang nak makan kena baca doa )



Dalam FAST 6 hati aku beralih arah ke pasangan yang lain ..bukan lagi DOM dan Letty .

 aku lebih berminat pada  Sung Kang (HAN) dan Gal Gadot... Gal gadot atau nick dia dalam fast 6 IS Gisele.Han pun cool dalam ni .

Dia sangat la romantika melayan Gisele.walau pn tak dukung-dukung, peluk-peluk, tapi cara dia bercakap dan ambil berat sangat membuat aku teruja .pasangan yang kedua-duanya minat berlumba dan membawa motor berkuasa tinggi .Rasa dalam FAST 6 han ada membincang kan ' hal keluarga dengan Gisele 

. fuhhh part paling sedih bila Gisele sanggup lepas kan tangan dia semata2 nak selamat kan HAN. Gisele jatuh dari berpaut tangannya dengan HAN .damit sob sob ..... kesian HAN ...



Banyak lagi babak yang menarik.tapi rasa nya aku saran kan korg pergi la tengok . 








Buat kamu yang tersayang terima kasih sebab menonton filem ini dengan saya..... 

13 Mei 2013


I love April …. Wah gitu

Walaupun kini dah masuk May eh nak masuk June pun tapi tak per la tetap nak share gak i love April...Sebab  April akan bawak aku terbang ke awan biru dan kemudian mendarat di suatu distinasi yang hebat …. Alhamdullilah rezeki lepas khawin ditambah dengan Rezeki anak …… April 2013 kali ni aku telah mendarat di bumi yang ramai penduduknya dimana sebuah keluarga hanya dibenar kan melahirkan seorang anak saja… yeay !!!!!! CHINA ….. aku telah menjejakkan kaki di bumi CHINA …. Hoi china besar mana pegi :P …. Ok2 aku gi Beijing …. Semuanya tanpa dirancang ….. tp alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar.

-          Berchating / berbincang
-          Plan /
-          Beli tiket
-          Cari barang2

-          Bye2 Msia Hello Beijing

Seminggu aku berada disana membawa anak bujang kesayangan bersama 2 teman ….. ini semua gara-gara famly mak , ayah , adik bongsu pergi menunaikan ibadah umrah …  so dah alang-alang cuti beterbangan la kita …. dan motif utama nak temankan teman yg mana mungkin akan membahgiakan dia dan suami..inshllah doa kami hanya tuk mu teman ...love

Terima kasih terlebih dahulu sebelum meneruskan lagi cerita buat teman ila ,yang sudi bawak aku dan c hero kecil dan sangat memainkan peranan tq so much dude …..
Buat Abang man sekeluarga yg sporting yang menyediakan pengangkutan . tempat kami tidur , macam2 la u are superb bro 
Buat kak ina juga 

So untuk mengimbas kembali tentang APRIL yang lepas2 aku attach kan beberapa keping gambar utuk kawan2 semua …. 


Yang terbaru bawah ni ...... BEIJING ;) 



















................**................

................**................

Pages