17 Disember 2013

:: Rizman Ruzaini in The house ::

Holaaaa u olssss ...

Ingat lagi cerita  sebelum ni pasal rizman ruzaini ? ok kali ni aku attch kn pic2 jer la .nak bg tau kan aku baru jer bli card reader .. weeeee kelas mak nok ... tak ada apa nak aku cerita kan lg.. sbb aku dah cter kat bawah.. nway, big thanks to mak sedara aku yang cun .... sbb sudi bawak atau jemput aku ke event yg best ni .. berkenalan ngan kawan-kawan nya ... thanks mak uda .. syg mak uda ngan pak uda .. hihihihi ...


So jom layan pic... biarkan gambar yang berbicara : 

 :: tak terjangkau nmok ketinggian mereka ini ::



 :: taraaaaaaaaaaaaa ::












:: nok , aku jer yg tak berapa nk bergaya .... jd la jeans ngn kemeja je uollsss :: 

09 Disember 2013

:: Rizman Ruzaini in The House !!! + sehari bersama anak2 yatim PEYAKIN ::

Holaaaa pocoyo …. ( huh tetiba .. ni suma pengaruh anak bujang la ni ) LETS GO POCOYO !!!!!

ada 2 story yg aku nk kepoh-kepoh ngn u olls … cerita yang pertama al kisah nya aku telah diberi peluang untuk sama-sama menyaksikan kelas kau jemah meyaksikan kata nya
Fesyen show rizman ruzaini … ko hado ? apa !!! tak kenal ? buta hati sungguh hahahahha nampak  na tak tau fesyen cam aku hihiiih. Ni aku cerita kan biodata nya :-  klik la blog dorg malas pulak aku nk cter nya


peristiwa di atas jadi sabtu yang lepas....

dan cerita yang kedua nya berlaku semalam (ahad). Aku telah menghabis kan seharian untuk memeriahkan event anak yatim bersama Persona Club Msia .hmmm gila lama wei aku tak join event + konvoi2 ni .. zaman remaja dulu jer.3 tahun lepas punya ceriTa .. banyak cerita yang aku tak tau rupanya.so bila dah jumpa fuh macam-macam cerita yang luar biasa dan spicy yang aku tau..kelas kau bila lelaki mula bergosip nyah. Hahhahahaha .tapi tak kan nk cerita kat korang lak yea .. mau kena saman aku nanti ..

aku tak tangkap pic pun masa event ni . harap kan nengok pic kawan-kawan jer . happy tengok dorg yang lama-lama ni buat event . arghhh miss a lot this moment. Kalau la ahli-ahli yang lama nak buat reunion aku pasti akan letak nama aku yang terawal . central + Melaka+ johor +N9 +Pahang +Kelantan.

Dari metro point ke seremban singgah ke pedaS terus ker Port Dickson balik ke semenyih . and the reason kenapa aku TERjoin event ni adalah kerana …………………………. Taraaaaaa jangan nak perasan hahahahaha sebab anak2 yatim . aku suka bila dapat buat sesuatu untuk anak-anak yatim ni .ayah aku pernah berpesan ..dulu-dulu la pesanan dia “ berbuat baik la dengan anak-anak yatim ni .. pahala nya banyak..dan mungkin kita juga akan mengalami situasi sama cam mereka  “ tapi bapak aku tak la guna ayat skema cam tu.. bapak aku guna ayat rock la . dan lagi satu nya.. hmmm aku ada anak . I don’t know what will happen in d future . if anything happen to me ;( aku dah tentu berharap anak aku akan dilayan sebaik-baiknya. Dan aku rasa itu adalah alasan yang terkuat aku ada..

So kalau aku boleh untuk berkhidmat pada anak2 yatim ni inshallah akan aku cuba buat yang terbaik .


Anyway , N9 crew memang dah diketahui memang hebat buat event especially kalau ada yang melibat kan anak-anak yatim.dari mula aku join sampai la suam-suam tengelam terus ni hihihih so congrate pada yang telah bekerja keras untuk menjaya kan event ni . jangan bimbang ada sesuatu yang menanti kalian sebab buat anak-anak ni happy inshallah ..



C ya  

P/S : disebab kan mak dan bapak nya bz untuk weekend yang lepas maka aish iskandar telah bersendirian bermasa mak tok.. sorry syg , mama n papa akn bawak syg jln2 . dan kita akn gantikan masa itu.. mama dah apply one week leave just for you son …




:: PIC MASA KAT RIZMAN RUZAINI akn aku post esk ... pendek cter suma pic aku post esk sebab memory card rider aku rosak .. cis !!! ;) 

03 Disember 2013

Paul WALKER DALAM KENANGAN







hola kawan-kawan .....

ni aku tertarik dan tiba2 menjadi rajin untuk menaip ... suma nya tentang Paul Walker atau Braian O'Corner.
Entry yang sebelum ni aku ada bercerita tentang Fast & Furious 6.macam mana perjalanan cerita nya ... Tapi hmmmm ohh sadis lak ... gila sentap dan tacing nok .... mana idak nya aku ikuti kot perkembangan cter ni dr mula sampai la yang ke 6.so pasti ramai yang dah tahu kisah yang bakal aku cter  ni .

Paul Walker Al Kisah kehidupan nya ...... ( sumber dari Yahoo.com )

Berdarah Irish, Inggeris dan Jerman, Paul Walker, atau nama sebenarnya Paul William Walker IV, merupakan anak kepada model peragaan, Cheryl Crabtree dan kontraktor pembentung Paul William Walker III. Datuk daripada sebelah ayahnya merupakan peninju profesional yang digelar 'Irish Billy Walker'.
Dia dan bekas teman wanitanya Rebecca McBrain memiliki seorang anak perempuan yang diberi nama Meadow Rain. Meadow tinggal bersama ibunya di Hawaii selama 13 tahun sehinggalah dia berpindah ke California untuk tinggal bersama Walker pada tahun 2011.

Walker memulakan kerjaya seninya melalui bidang peragaan pengiklanan sejak berusia dua tahun dengan membintangi iklan-iklan TV seperti Pampers dan Showbiz Pizza. Dia kemudiannya membuat kemunculan dalam beberapa siri TV seperti "Highway To Heaven", "Who's The Boss?", dan "The Young And The Restless", sebelum membintangi filemnya yang pertama, komedi seram "Monster In The Closet" pada tahun 1986.

Walker pernah mencuba nasib dalam ujibakat pencarian pelakon untuk watak Anakin Skywalker untuk filem "Star Wars Ep. II dan III" tapi dikatakan terlalu tua untuk peranan tersebut. Menurut Walker, itu satu-satunya watak yang paling diidamkannya seumur hidup.
Sekalipun sudah membintangi lebih 30 buah filem, 10 buah siri TV dan dua buah video muzik, Walker tidak suka menonton lakonannya sendiri di skrin dan hanya akan menonton persembahannya sekali sahaja.
Dia memiliki tali pinggang coklat dalam seni pertahanan diri jiu-jitsu Brazil (BJJ) di bawah latihan Ricardo 'Franjinha' Miller di Paragon Jiu-Jitsu.

Walker begitu meminati ahli biologi marin Perancis Jacques-Yves Cousteau dan membuat pengkhususan kolej yang sama kerana perasaan cintanya terhadap bidang tersebut. Dia mengecapi impian sekian lamanya itu dengan menyertai program 'Expedition Great White' kelolaan saluran National Geographic pada tahun 2010 di mana Walker dan para kru jerung menghabiskan masa selama 11 hari mencari dan meletakkan pengesan pada tujuh ekor yu putih di pesisir luar Mexico. Walker juga menyertai Lembaga Pengarah Pertubuhan Billfish pada tahun 2006.
Walker juga terlibat dengan kerja-kerja kebajikan dengan pasukan bantuan kemanusiaannya, Reach Out Worldwide. Pada Mac 2010, Walker ke ConstituciĆ³n, Chile untuk membantu mangsa-mangsa yang tercedera dalam bencana gempa bumi 8.8 skala richter. Dalam tahun yang sama, dia turut ke Haiti untuk membantu para mangsa gempa bumi di sana. Malah beberapa jam sebelum kematiannya, Walker juga terlibat dengan acara kebajikan untuk membantu mangsa taufan di Filipina.

Selain daripada luncur air, sukan yang gemar dilakukannya di Pantai Huntington yang terletak berdekatan dengan rumahnya di California, Walker juga suka melancong dan pernah melawat India, Fiji dan Costa Rica.
Sama seperti wataknya Brian O'Conner dalam francais "Fast & Furious", Walker juga amat sukakan permotoran dan menggelar dirinya 'total gear head'. Malah dia memiliki kereta Nissan Skyline R34 yang digunakan dalam "2 Fast 2 Furious" (2003). Walker juga sebahagian daripada pasukan AE Performance dan pernah bertanding dalam siri perlumbaan Redline Time Attack menggunakan M3 E92. Dia dikatakan dalam persiapan untuk sebuah pameran auto sebelum kematiannya.


Sekalipun wataknya sebagai Brian O'Conner dalam francais "Fast & Furious" yang menaikkan nama Walker bermula tahun 2001, dia pernah membintangi beberapa filem popular sebelum itu seperti filem sukan remaja, "Varsity Blues" bersama James Van Der Beek, "Pleasantville" bersama Reese Witherspoon, komedi romantik remaja "She's All That" bersama Freddie Prinze Jr. dan Rachael Leigh Cook, serta sitkom "Throb" ketika berusia 13 tahun. Kemudian baru muncul filem-filem hebat lain seperti "Into The Blue" (2005), "Flags Of Our Fathers" (2006), dan "The Lazarus Project" (2008).


::: dan dari apa sumber yang aku baca lagi Fast & furious 7 tgh dalam 'pemprosesan'  kiranya tak sempat habis la .hero utama nya mati. dalm fast 7 ni Han mati akibat kemalangan dan kereta nya terbakar. tapi yang realty nya hero nya mati dalam kemalangan dan kereta nya terbakar.itulah dinama kan ajal maut di tangan tuhan kan :::

bye handsome .. will miss u hihihi




................**................

................**................

Pages