07 Mei 2014

4 HARI 3 MALAM di VIETNAM

Berpeluang melancong ke negara Lembah Mekong menjadi satu pengalaman yang indah. Lebih indah kerana sumanya percuma.hehehe Walaupun percutian itu  tanpa suami dan tanpa anak.. nak buat cam mana company Cuma sponser staff jer :)  Selama berkhidmat sebagai Staff Tan Sri Azman Hashim aku Cuma sempat join 3 trip jer . cukup la tu kan . so sebelum aku cter ngn lebih lanjut lagi meh baca dulu apa terms and conditions seseorang staff tu kena ikut sebelum dia sain untuk gi berjimba . antaranya :

- staff tu tak blh la resign dalam masa 6 bulan
- kalau ada staff yang berniat nak cancel trip MORE THAN 3 weeks before trip so sila la bayar RM 1,000.00 DAN Less than 3 weeks before trip sila la Bayar RM 2,150.00 HOKEY !!!

Ok la jom check out tentang perjalanan ke Vietnam and cuci2 mata ngan pic yang ada hokey

CUACA kat Ho Chi Min lebih kurang kat Msia jer . cam tak ada beza nya .. Cuma msia ada gak hujan kn .. Ho Chin Minh engak ada.. panas memanjang . aku ada attach kn suhu ketika berada disana




Aku tiba di KLIA jam 11 pagi .. as usual en Amie la tukang hantar nya sebelum beliau terus ke tempat kerja . jam 2 petang baru la kapal terbang bergerak ke awan biru.Dan selamat tiba jam 5 lebih la kot .. not sure what time la.... ayo2 faktor umur sungguh . So sampai jer kami kena naik shuttle bus untuk terus ke hotel.





Siap ambik beg suma bagai terus check in kat NOVOTEL SAIGON CENTRE . So kalau ada saper2 yang bercadang nak ke Ho Chi Minh ni aku bagi alamat n contact number hotel tu :

NOVOTEL SAIGONCENTRE
167 Hai Ba Trung, District 3, Ho Chi Minh City, Vietnam
Tel : (+84)8/38224866
Fax : (+84)8/38221698
Email : H7965@accor.com







 ( credit foto to kak jamiah from admin deprt.. pic u suma awesome kak ... )

Hari pertama : Kuala Lumpur ~ Ho Chi Minh City

- Sampai pun dah nak malam so terus gi dinner dekat Local muslim Restaurant. .lepas je makan mlam operasi mengabis kan duit pn bermula .. konon nya malam ni nak survey-survey jer .. hahahahampeh keluar gak duit nya ..tapi malam aku beli untuk mereka-mereka yang telah mengirim barang . baik beli nanti nak tanguh-tanguh buat nya terlupa tak pasal-pasal kan . So lokasinya ada lah BEN THANH MARKET..oh yea tuk pengetahuan korg Ben Thanh yg dalam pic kat bawah ni hanya bukak waktu pagi hingga petang ok .. malam nya dorg bawak barang2 tu keluar pulak .. jual macam kat pasar malam . So hari pertama sampai pun malam jadi kami pun shoping kat pasar malam depan Ben thanh tu jer la ... then zzzzzzzzzzzzz





Hari kedua : Ho Chi Minh ~ Cuchi Tunnel

-Lepas jer breakfast dekat hotel  kami terus begerak ke CU CHI TUNNEL... kira dari hotel ke tempat ala2 tempat bersejarah ni ambik masa satu sentengah jam la .

Tempat pertama yang kami lawat adalah NOTRE-DAME BASILICIA ~

- Secara rasmi Basilica of Our Lady of The Immaculate Conception adalah gereja yang terletak di pusat  Bandar Raya Ho Chi Minh. Ditubuhkan oleh penjajah Perancis, dan gereja itu dibina antara tahun 1863 dan 1880






Tempat kedua yang kami lawat adalah SAIGON CENTRAL POST OFFICE ~

- Bangunan ini telah dibina apabila Vietnam adalah sebahagian daripada Indochina Perancis pada abad ke-20 awal







( credit foto to jin ... tq bro !! ) 




Kami juga dibawa melawat ke tempat-tempat  besejarah . melihat kawasan peperangan , melawat perangakap-perangkap yang digunakan masa beperang , mencuba sendiri masuk ke terowong bawah tanah yang mereka buat untuk menyorok dari dikesan oleh pihak penjajah macam-macam lagi la .. and paling best dapat mencuba sendiri bagaimana memegang senapang dan cuba sendiri untuk menembak..
 ( aku tak try la , kena bayar buk ... bos aku try la ... bos ma )

















Dan malam kian tiba , kami dibawa dinner dekat Local Muslim Restaurant makan sampi muntah.. lauk datang tak henti-henti... ingat balik leh la tidur kan oh no no no .. malam masih muda hokey .. kami keluar ambik angina malam di Vietnam. Kami pergi mengabis kan duit di HRC Ho Chi Minh ( HARD ROCK CAFÉ ) aku memang nak gi sebab memang buat koleksi .kira aku dah sampai la kat tempat2 berkenaan hihihi ... balik dari HRC terus ke tingkat 20 hotel minum-minum ngan kawan-kawan dan bos-bos yang memang superb sporting .








(pemandangan dari atas bumbung hotel kami.. credit foto to Datin zuraidah  )  


Jam 3 pagi baru lah pulang ke katil untuk beradu zzzzzzzzzzzzzzzzzz


HARI KETIGA ....


Adalah hari bebas untuk staff .. so apa lagi SHOPINGGGGGGGGGGGGGG !!!!!! $$$$$$$ terbang .. hilang penat sebabbbbb raya tahun ni banyak sikit kot baju raya heheheheh ..Siang tu mmg free tp jam 6 petang suma staff kena berkumpul kat loby sebab malam nya kami ada dinner atas kapal .. kelas jah ... 











Dan Malam nya ... kami bersedia untuk berlayar di sepanjang sungai sambil melihat persembahan yang di sedia kan .. joget-joget ... 












... 2 jam perjalanan ronda2 sepanjang sungai , cukup masa tu untuk buat aku terfikir macam-macam perkara .. anak yang jauh dimata , apa yang suami tengah buat ..... fuhh kerinduaan masa tu dekat mereka tak terkata ... sambil layan2 perasaan atas kapal , tefikir lak ragam kawan-kawan yang berada sama-sama diatas kapal tu.. macam- macam ragam macam2 perangai ... ;) such is life beb 

apa yang terjadi biar la suma nya kita habis kan di Vietnam .. tak perlu la kita bawa cerita tu hingga ke msia .. yea dak ? hehehee cuma ada perkara2 yang terpaksa dibawa ke msia sebab tak sempat nak sattle kan di sana .. dan akibat nya .... biar la mereka2 jer yang tahu .... 



nway tgu update aku yang lain pulak .... 


#28tahunyangawesome

................**................

................**................

Pages