Saat mengetahui yang diri ini bakal begelar ibu ,timbul
satu perasaan .. perasaan was-was.yea ada sedikit was-was.Boleh ke fiza yang
nakal ni jadi ibu yang baik .
Bila kandungan masuk ke 5,6,7,8 bulan mula la dapat rasa
ada sesuatu yang begerak-gerak dalam perut.kejap begerak ke kiri kejap ke
kanan,kejap kang cepat-cepat tunjuk kat papanya ada Nampak tak siku / tapak
kaki dia.Suruh papanya bercakap dengan dia masa dalam perut la .Rasa macam amie
cakap dengan perut je tiap kali amie tundukan muka dia .. sweet moment
Mengandungkan 'dia' mmg tak banyak halnya .Cuma seingat
aku satu family kena cari rambutan .tu jer .Sampai saat 'dia' lihat dunia ,baru
la kami pilihkan nama nya .Muhammad aku pilih sempena nama rasul kita , Aish
pula sebab maksud nya KEHIDUPAN Iskandar
= PAHLAWAN
Melihat Muhammad Aish Iskandar membesar ,mula-mula
meniarap,merangkak kemudian berjalan seawal 9 bulan ,sambut hari lahir yang
pertama kemudian hari lahir 2 tahun , masuk ke 3 tahun dan sekarang anak bujang
aku ni dah pun masuk sekolah .cepat nya masa berlalu .4 Tahun dah usia Aish Iskandar .. 5 tahun dah usia perkahwinan kami ... 12 tahun dah mama dan papa berkenalan dan +++ cinta2 heeeehhehehehe
Aish Iskandar membesar dengan penuh kasih sayang . itu
yang aku dapat lihat .Sebaik aku habis pantang dan masuk kerja Aish Iskandar
memang tinggal dengan neneknya (mak tok).Adik aku no 2 Aish Iskandar panggil
uncle wife nya aunty ,adik no 3 UMI , dan adik aku yang bongsu Aish iSkandar
panggil ACU .
( sambutan hari lahir yang ke 2 )
Atuk dengan uncle Nampak garang ,tapi 2 orang ni lah yang
selalu manjakan Aish .Asal balik dari keja atau keluar mana-mana dia org ber dua ni
la rajin beli kan apa-apa saja untuk Aish .Aunty pun sama .selalu rajin melayan
kerenah mengada-ngada Aish Iskandar .nampak gak bila ada aunty nya Aish Iskandar
kemain lg ..hai la anak . UMI ... Umi lebih kepada macam cikgu .bila umi aja
senang jer masuk senang je Aish menghafal . Umi agak tegas tapi Aish suka jugak
mengada-ngada dengan Umi .Sekarang Aish dah hafal semua nama-nama planet .zurah
la earth la mercury la ,shape pn Aish Iskandar dah kenal ,sekarang yang terbaru
Aish Iskandar dah hafal Al-Fatihah dan surahAn Nas .Acu?Acu sibuk dengan main
game 24 jam kalau ada kat rumah . tapi kadang2 terpaksa layan sebab Aish tak
ada kawan nak main .bila main Aish menangis acu la yang kena marah padahal Aish
yang kacau acu dulu .kesian acu ...
Maktok ? uiii maktok la yang mencorak kan aish ,back up
besar ni . bukan takat acu ,kalau aku marah aish depan mak silap2 aku balik
yang kena.
Macam tu la kehidupan Aish Iskandar dari kecil sampai la
besar . Dia membesar dalam rumah mak dan
ayah kawan-kawannya pulak adik-adik aku .kalau pun ada orang luar jiran sebelah.
Jadi bila tiba masanya Aish Iskandar ke sekolah memang
agak sukar di situ .3 minggu asal masuk jalan nak ke sekolahnya menangis .asal
sampai ke sekolah menangis . Sampai amie kata kalau macam ni gak kita masukkan
dia sekolah bila umur nya dah 5 tahun la .hmmm
Jadi aku pun Tanya la cikgu nya .. aish nangis lagi ker
.. private masage dengan teacher nida :-
Jadi itulah sebab nya .. dan memang kena bagi masa dekat
Aish Iskandar untukl sesuai kan diri . mana pernah Aish Iskandar dapat kawan
sekali gus ramai macam ni .. tekejut la dia kan . Jadi aku rasa baiklah aku biar kan
dia nangis .kejam pulak bunyi nya.masa pagi jer nangis bila dah tinggalkan
cikgu kata ok jer .pas tu menangis balik bila Nampak Umi nya .Umi akan jemput
Aish Iskandar balik sekolah .nampak manja dia macam mana kan . hey la anak..
itulah aktiviti Aish Iskandar kat sekkolah .. nampak kan bila kami tak ada elok je pulak dia lakukan aktiviti kan .. hish la.cuma nya kena pujuk lebih kat dia .. Aish Aish
Nak pujuk bukan senang macam-macam ayat kami guna paling tidak umpan kata nak bawak men boling .
skg ni antara main boling atau bawak main playground dia lebih berminat pada boling .jadi nya aktiviti tiap2 minggu sekarang kena bawak dia main boling . satu lane untuk dia satu lagi untuk aku ngan amie .nasib la boling, aku memang minat gak kalau dia pilih mancing ? aku ? huhuhuhu