Bismillah dan Assalamualaikum ..
21 / 2 / 2017 kami sekeluarga selemat sampai ke Tanah Air,Shukur Alhamdullilah.
"Andai dah tertulis dan kamu telah terpilih untuk menjadi tetamu nya inshallah semua nya akan berjalan dengan lancar "
" sabar la fiza ni suma dugaan .. Allah sedang menguji awk "
" semoga fiza sekeluarga sihat hendak nya "
" banyak kan berdoa ada lagi masa ni nak muhasabah diri "
Dan banyak lagi ayat- ayat nasihat dan dorongan yang aku terima dari kawan-kawan, mak sedara ,sepupu , keluarga ..
Lepas aku tanam azam yang aku nk berubah dan cuba berubah aku mula rasa rindu dan rasa nak ke mekah . Bila ayah bagi tau yang ayah nak buat umrah dengan adik dan mak terdetik kat hati ni Ya Allah best nya la . bila la peluang aku nak pergi sana .. Dan memandangkan kewangan dan memerlukan kos yang agak kasar jugak jadi berdoa jer la .. Ingat lagi ayat pak teh aku , kalau dah ada niat tu inshallah tak lama dah tu ..
Alhamdullilah rezeki kan Suami ajak pergi umrah bulan 10 / 2017 mungkin sebab hari jadi dia dan ulang tahun perkahwinan kami mungkin... suami kata " biar mak ayah gi dulu , nanti anak-anak blh mintak tolong mak ayah jaga kan "
Allah tu sebaik2 perancang .. Kita ni manusia hina hanya mampu merancang je kan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba nya .. Dia pencipta kita mesti la dia tau apa yang terbaik ..
Alhamdullilah peluang kami untuk ke Tana Suci lebih awal dari apa yang di rancang ditambah kan kami boleh bawak anak-anak sekali .. Ingat wahai kawan2, rezeki suma datangnya dari Maha Pencipta kita.. (rasa macam tak ada duit nak bawak anak- anak sekali ).. Allah ada ..
Semua persiapan berjalan dengan lancar .. Dan aku memang tak sabar untuk ke sana . Setiap hari baca blog2 pasal umrah apa yang kena dan apa yang tak boleh .. Dan kuasa tuhan Seminggu sebelum kami sekeluarga berangkat Sofea Izara demam panas selang sehari suami pulak demam panas ..
21 / 2 / 2017 kami sekeluarga selemat sampai ke Tanah Air,Shukur Alhamdullilah.
"Andai dah tertulis dan kamu telah terpilih untuk menjadi tetamu nya inshallah semua nya akan berjalan dengan lancar "
" sabar la fiza ni suma dugaan .. Allah sedang menguji awk "
" semoga fiza sekeluarga sihat hendak nya "
" banyak kan berdoa ada lagi masa ni nak muhasabah diri "
Dan banyak lagi ayat- ayat nasihat dan dorongan yang aku terima dari kawan-kawan, mak sedara ,sepupu , keluarga ..
Lepas aku tanam azam yang aku nk berubah dan cuba berubah aku mula rasa rindu dan rasa nak ke mekah . Bila ayah bagi tau yang ayah nak buat umrah dengan adik dan mak terdetik kat hati ni Ya Allah best nya la . bila la peluang aku nak pergi sana .. Dan memandangkan kewangan dan memerlukan kos yang agak kasar jugak jadi berdoa jer la .. Ingat lagi ayat pak teh aku , kalau dah ada niat tu inshallah tak lama dah tu ..
Alhamdullilah rezeki kan Suami ajak pergi umrah bulan 10 / 2017 mungkin sebab hari jadi dia dan ulang tahun perkahwinan kami mungkin... suami kata " biar mak ayah gi dulu , nanti anak-anak blh mintak tolong mak ayah jaga kan "
Allah tu sebaik2 perancang .. Kita ni manusia hina hanya mampu merancang je kan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba nya .. Dia pencipta kita mesti la dia tau apa yang terbaik ..
Alhamdullilah peluang kami untuk ke Tana Suci lebih awal dari apa yang di rancang ditambah kan kami boleh bawak anak-anak sekali .. Ingat wahai kawan2, rezeki suma datangnya dari Maha Pencipta kita.. (rasa macam tak ada duit nak bawak anak- anak sekali ).. Allah ada ..
Semua persiapan berjalan dengan lancar .. Dan aku memang tak sabar untuk ke sana . Setiap hari baca blog2 pasal umrah apa yang kena dan apa yang tak boleh .. Dan kuasa tuhan Seminggu sebelum kami sekeluarga berangkat Sofea Izara demam panas selang sehari suami pulak demam panas ..
lagi 5 hari sebelum berangkat, badan aku pulak rasa dah tak sedap .. dah rasa panas .. satu keluarga masuk jumpa doktor .. dapat MC untuk satu hari ..
Sabtu pulak kami buat doa selamat dan bacaaan Yasin dekat kedai ,( masa ni suami mmg tgh demam lagi anak2 pun tgh panas lagi ..aku ? makin lama makin lemah )
Terima kasih Aku ucapkan pada yang sudi datang .. Semoga kalian sentiasa dilindungi dan di berikan kesihatan yang baik .
4 hb ( sabtu ) Aish iskandar dah mula demam , suhu panas tinggi .malam aku pulak yang dah menggigil ..Ahad 5 hb aku dah terus tak boleh bangun .Allahuakbar !!
Isnin 6 hb.. aku , suami dan anak-anak pergi KPJ hambik ko , habis satu keluarga kena tahan hospital .Bila bagi tau doktor yang rabu saya dan anak-anak kena berangkat untuk buat umrah doktor terkejut . Ank-anak kena jangkitan influnza dan aku ? tengah tunggu keputusan darah .
sedih bila tgk keadaan bilik
3 katil sekali dalam satu bilik ..Allah besar jugak dugaan kali ni . Doktor datang bilik bagi tau aku positif denggi ..Allahu
Doktor tak izin kn aku buat umrah sebab dia kata bahaya . ko rasa ? apa yg ko rasa ? !!!!!
isnin aku masuk sampai ke tengah malam aku menangis ..sampai naik kering air mata aku .
Terima kasih tak terhingga aku buat mak ngah dan ateh yang sentiasa ada masa aku dah jatuh mmg tak leh nak bangun .. ateh suruh aku mintak ampun kat mak ayah dan suami takut2 kalau aku ada buat salah besar yang aku tak perasan . Terima kasih en Goh Kwee Jin sbb u memang kawan yang baik dan sudi datang lawat i .. i doa kan u kaya dan sihat
Ayah datang lawat aku kat hospital ( ayah memang tak henti-henti datang bagi sokongan dan melawat ) tetiba, bila ayah kata nak balik tu ayah ada pesan kat aku
" cepat la sihat kak , andai ada akak ada salah dengan ayah , ayah maaf kan akak, ayah halal kan semua nya " ko rasa ????? !!!!!
aku meraung2 wei ...
Malam nya pulak, aku call mak, baru bagi salam mak dah meraung ..
" kenapa macam ni kak " kita dah nak bertolak ni ' sampai mak tak boleh nak bercakap asik menangis jer .apa ko rasa lagi ?
Doktor suruh aku buat keputusan sama ada nak pergi jugak atau batal kan .. Allahu
Dan aku pilih untuk teruskan .. bak kata kawan office aku ( aku nak ke tempat yang inshalah doanya akan di makbulkan , inshallah aku dan anak2 Allah dah pilih untuk ke rumah nya tak mungkin Allah nk susah kan umat nya yang dah dipilh )
Aku berpegang pada ayat tu .. Terima kasih kak Roslina dan kak Azlina
dan terima kasih juga aku pada buat :
mak ayah
adik beradik
mak ngah & ateh
kak nani
biras dan ipar
angah dan along
geng2 gojes mummy
kak Roslina
kak azlina
kak wan rohana
geng2 bunga dan kumbang
kak liza
kak jam
abang sam dan isteri
kak enon
deena
nani
Gmie @ Azmi Sahari
kak mariam sohaila
Terima kasih kalian kerana sentiasa bagi semangat dan doa kan saya dan anak2 .. dan aku berazam untk mendoakan kalian di tempat2 yang mustajab doa nya ..
dan aku terima segala dugaan ini .. dan aku anggap nya sebagai Allah nak ' basuh ' segala kekotoran yang ada sebelum aku menjejak kan kaki ke bumi yang suci tu .. dan sesunguh nya aku tawakalllilahitaala ..
dan perjalanan pun bermula :
Kami naik Turki air line , 11 jam dalam penerbangan Alhamdullilah kami sampai di kota Madinah . Allahuakbar , aku tak boleh tahan wei ,terus aku menangis tak sangka aku di beri peluang untuk jejak kaki kat kota madinah , aku tak sabar nak lawat Rasullah .. aku tak sabar nak berdoa di raudah . aku tak sabar nk berdoa kat masjid nabawi.
Sujud shukur aku , bila aku jejak kaki di airport madinah ..
Kesihanatan aku dan anak2 ? Alhamdullilah kami tak sakit seperti sebelum ni ,, Allah membantu dan sayang kami .. dalam kapal terbang yang 11 jam tu pun anak2 sikit pun tak meragam sedangkan masa aku sakit apa yang aku takutkan :
1) kesihantan anak2
2) anak2 meragam dalam flight
3) aku dan anak2 akn sakit
4) makanan ( boleh ke anak2 aku makan makanan sana )
5) aku tak ada stamina blh ker aku beribadat ni
semua ni bermain2 kat pikiran aku .
Tapi kuasa tuhan kan . Dia maha mendengar .. segala apa yang aku takut kan tu di pusing kan .. maksud nya segalanya2 di permudah kan .. sedang orang lain sakit demam dan batuk kami ank beranak sihat alhamdullilah ..
ni masa suami dan ayah aku nak masuk raudah bahagian lelaki
~pic atas ni disebalik pagar tu raudah bagi perempuan .. tu nota waktu2 raudah di buka ~
aku dapat masuk raudah sekali jer ..Allahuakbar bukan senang ,, tapi kuasa Allah, aku pun tak sangka. Aku berjalan dari bilik hotel sorang diri, jam 10 malam sambil berdoa, aku diberi peluang utk berdoa dan solat di raudah dan aku mohon, aku dipermudah kan ketika nak masuk dalam raudah ..
korg tau perjalanan aku masa tu , mashaAllah !! ..
aku dapat duduk dan solat sunat dalam raudah .. meraung2 aku tak sangka . lama aku duduk kat carpet hijau tu .. aku hayati suasana raudah . lama memang lama aku duduk di raudah ..Allahuakbar aku tahu Allah sayang aku .
ada satu ceramah yang aku dengar ustaz ni kata, Dalam dunia ni ada 2 tempat jer doa yang tak akan ditolak inshallah, dan sebab tu kalau ada rezeki suma orang nak datang dan ustaz tu kata lagi cuba la cari tempat2 yang mustajab doa tu .. satu di raudah dan kemudian ada di mekah .
aku harap Allah makbulkan permintaan aku mak ayah , adik beradik , ibumertua , ipar duai , mak ngah sentiasa di berikan kesihatan yg baik dan jadi tetamu nya utk tahun ni jadi tetamu haji , ateh sentiasa dilindungi dan deberi kan kesihatan yang baik , kak nani semoga dipermudah kan segala urusan nya , doa2 yang cikna kirim , mak jang liza kirim , angah kirim , along suraya kirim , aku juga harap kan Kak Azlina akan dipanggil lagi jadi tetamu nya dan diberikan kesihatan yang baik , Kak Roslina di berikan kesihatan yang baik dan diberikan peluang untuk dia datang bersama suami dan anak2 , Kak Wan Rohana diberikan kesihatan yang baik untuk dia mudah mencari rezeki dan istiqomah dalam iman ,kak jam semoga di beri kesihatan yang baik dan terus dimurah kan rezeki , Ila samad dan dilla di berikan rezeki untuk menimang cahaya mata dan sentiasa sihat , edna sekeluarga di berikan kekuatan dan kesembuhan , kak ana semoga di berikan kesihatan yang baik .geng2 gojes mumy semoga kalian akn dapat dtg kesini , kak liza bt hussin diberikan peluang untuk dtg kesini dan sentiasa sihat ,utk gmie sekeluarga ,kak enon sekeluarga kaya , abg sam dan isteri semoga di murah kan rezeki untuk menjadi mummy dan dady ,geng2 chomels ... as , kak aina , kak nor , kak hani , acak ..kak mariam sohailaSemoga kalian semua sentiasa di beri peluang dan di beri kesihatan yang baik dan di beri kesenangan dunia dan akhirat ,
kemudian kami berangkat ke Mekah al mukaramah .
disana aku cuba jugak utuk solat kat tempat2 yang di senaraikan tempat yang mustajab doanya dan inshallah doa dimakbulkan Allah ..
1. Saat Thawaf, tidak ada bacaan wajib dalam melaksanakan thawaf, tidak ada juga doa khusus yang harus dihafalkan. jadi masa ni aku banyak kan berdoa utk mak ayah , mak mertua orang2 yang sentiasa doakan masa aku dan anak2 sakit .
2. Multazam, tempat atau jarak antara sudut Hajar Aswad dan pintu Ka'bah. Multazam merupakan tempat paling utama.,suami bawak aku untuk pegang pintu Ka'bah, tapi apa kan daya keadaan terlalu menakut kan dengan badan pak2 arab yang 3 kali ganda besar , Jadinya aku dapat pegang kaabah jer .
3.Saat melakukan sa'i. Sa'i adalah berjalan sebanyak 7 kali putaran antara bukit Shafa dan Marwah. dilakukan setelah thawaf, dimulai dari bukit Shafa dan diakhiri di bukit Marwah. Tidak ada bacaan wajib. Namun aku berdoa atas kemampuan aku, dan beristigfar.
4. Di belakang Maqam Ibrahim. tidak jauh dari Multazam.aku cuba untuk sepanjang berada di mekah untuk solat sunat di belakang makam ibrahim .alhamdullilah perjalanan aku mudah dan lama aku di situ .. semoga Allah mendengar nya ..
itu jer tempat2 yang rezeki aku untuk ' meminta '
masa ni Iskandar tinggal kat hotel dengan mak tok dan umi , aku , suami dan izara solat belakang maqam ibrahim ..
masa ni pulak tgh siap2 nak buat umrah yang pertama .. Allahuakbar sumanya dipermudah kan walaupun Aish iskandar ada merengek2 sebab penat tapi kami berjaya .. Allahuakbar
Kuasa Allah sepanjang aku solat di masjid Sofea Izara tak pernah meragam .. dia main tepi2 aku dan aku biarkan jer , ada kala dia tidur dengan senang nya .. MashaAllah ... Alhamdullilah Allahuakbar
Aish Iskandar ikut papa ..
masa ni , aku ngan adik...hari ni hari jadi nya .. korg tau apa yang aku ingin kan ketika merakam kan gambar ni ? adik2 lelaki aku .. allahuakbar.. jauh di sudut hati aku semoga aku dan adik2 aku ,fizi dan fizul ada sekali .. inshallah lepas ni kita datang sekeluarga bersama dengan adik ipar dan epa ..
Hari ni hari nk last aku kat sini kalau tak salah aku...Allahuakbar sedih
NOTA KAKI ": terima kasih suami kerana sentiasa bagi sokongan dekat i , i doakan apa yang u doakan di tempat2 suci itu dimakbulkan begitu jugak dengan mak dan ayah , lia ..
Kawan2, semangat dan doa kalian la yang jadikan kami anak beranak dapat menjadi tetamu nya .. tak ada apa yang dapat aku bagi pada kalian tapi aku mampu mendoakan yg terbaik buat kalian .. kerana sepanjang disana kalian yg sentiasa bagi kata2 semangat masa aku sakit yang sentiasa di fikiran aku . Terima kasih dari kami sekeluarga ..
dan pengembaraan kami diakhiri ke Instanbul Turki