Kalau tahun lepas 23 Oct kami ke GranD Laxis
Port Dickson ,
Tahun ni bawak jauh sikit .. sikit je jauh nya . Kami ke Sabah
bah . Tiket memang kena beli awal la wei . Nak beli dah dekat kang non hado !
aku tak mampu wei .
Bab beli tiket memag jahanam , aku memang
bukan orang yang bijak sana untuk membelinya . Tapi kalau ajak berjalan aku
adalah orang yang bijak bistari katanya . Perbelanjaan masa kat sabah ? entah la . Yang
aku tau aku Cuma bawak duit yang aku menang masa dinner compny aku hari tu
.Alhamdullilah rezeki . Jadi memang habis di belanja kan di sana .Siap bayar
deposit kereta suma . Cuma nya amie ada la tambah sikit-sikit.apa orang kata tu
back up plan J ni aku belanja pic yang membawa kemenangan
pada aku huhuhuh.
-
Jadi urusan tiket segala bagai yg berkaitan
dengan penerbangan Amie yang urus kan .Yang lain aku uruskan . Aku yang bijaksana
.
-
3 bulan sebelum pergi aku kerah kepala otak aku untuk pilih hotel , nak gi mana dulu, nak pakai baju apa ( wei ni part paling penting ) .
Semua blog yang berkaitan aku search dan
hadam , supaya bila ada kat sabah nanti senang nak pergi dan rasa apa yang tak ada
kat KL . Jadi misi pun bermula. cari hotel semurah murah alam sampi la
seserderhana alam .
Hotel KK aku booking guna Agoda ,
kebetulan aku memang dah jadi members tetiba lak dapat promo code terus aje aku
booking , tapi sebelum tu aku compare kan dulu mana yang murah .Dekat Kundasang
pulak aku booking hotel guna TRIVALOKA
( hotel trivago ) murah jugak .
- kereta sewa lak sepatutnya
aku mintak tolong sepupu aku yg baik hati carikan , tetiba tak
jadi sebab Amie guna kawan punya kawan punya kawan . murah katanya. I is follow
je la (010 9813151 << ni no fon kereta sewa tu . nama nya C amIe tak tau
)
Jadi nya bila call kata jer “ ni kereta
sewa ker “
~ Kami sampai Aiport KK lebih kurang jam
8 malam ni suma gara-gara flight delay . bosan bak hang tunggu lelama kat
airport tu . Nasib budak-budak tak buat perangai, kalau tak sure aku jadi hijau .
Bila Sampai je kat Aiport KK, kereta sewa memang dah tunggu. Jadi mudah la pergerakkan kami malam tu . Cek in Hotel terus gi cari
makan .
Silap nya kami disini kami tak jalan2 dan ronda.... jumpa je kedai terus singgah makan.. . Pada hal kalau jalan kedepan sikit dah jumpa pasar filipin dan pasar-pasar yang jual seafood tu . Hmmmm tak per .nk buat macam mana sebab memang dah lapa sangat. bayangkan la dari pukul 1 ptg bertapa kat KLIA jam 6 baru boleh gerak , ko tak rasa kematu bontot ko . Lepas makan riki jalan sikit pastu terus balik hotel tidur. Sebab esok pagi-pagi sebelum subuh katanya nak berangkat ke Kundasang
.Kesudahnya pagi jam 9 baru gerak .perjalanan dari KK nk ke Kundasang ambik masa 2 jam wei .. saper yang kata sentengah jam tu menipu .melainkan dia sewa kereta jenama yg laki aku jual sekarang .. Ferrari la , alphard la , kalau setakat sewa kereta jenama Malaysia memang ambik masa 2 jam . Sampai kundasang kami terus Daki Gunung KK ..
Silap nya kami disini kami tak jalan2 dan ronda.... jumpa je kedai terus singgah makan.. . Pada hal kalau jalan kedepan sikit dah jumpa pasar filipin dan pasar-pasar yang jual seafood tu . Hmmmm tak per .nk buat macam mana sebab memang dah lapa sangat. bayangkan la dari pukul 1 ptg bertapa kat KLIA jam 6 baru boleh gerak , ko tak rasa kematu bontot ko . Lepas makan riki jalan sikit pastu terus balik hotel tidur. Sebab esok pagi-pagi sebelum subuh katanya nak berangkat ke Kundasang
.Kesudahnya pagi jam 9 baru gerak .perjalanan dari KK nk ke Kundasang ambik masa 2 jam wei .. saper yang kata sentengah jam tu menipu .melainkan dia sewa kereta jenama yg laki aku jual sekarang .. Ferrari la , alphard la , kalau setakat sewa kereta jenama Malaysia memang ambik masa 2 jam . Sampai kundasang kami terus Daki Gunung KK ..
( Tak ada la sampi daki , berposing je ha )
aku senarai kan tempat2 yang aku pergi dari kundasang ke KK
dan attachkan seklai ngan gambar , untuk jadikan panduan dan pedoman pada sesiapa yg nk berangkat ke sabah terutama buat CIKNA .
Rumah Terbalik, Tamparulli
mula-mula ada jugak dalam list .tapi kena buang saat akhir sebab tak berbaloi masuk.. untuk jimat kan masa kami potong tempat ni .. sebab rata-rata kawan aku yang dah gi bagi cadanagn tak payah masuk .. al bazirun katanya.Tiket Untuk masuk ke rumah ni kalau tak salah RM 10.00
..
KAMI TERUS KAN PERJALANAN KE Kinabalu Park
Tiket masuk RM 3 seorang .. kami satu famly
naik guna kereta yang kami sewa .. kalau malas nk drive boleh je naik teksi
yang dorang ada sediakan
Dan akhir nya kami sampai . Korang, sebelum nak start mendaki, sini ada lah permulaan nya .. masa aku sampai sini memang ada la 7, 8 orang yang baru nak start mendaki dan ada yg dah selesai mendaki ..Aaduh berani betul nak mendaki dengan keadaan ribut taufan nya ni ..
Ok Nampak tak ada tangga kecik kat sebelah pondok tu ? Kat situ jer la yang ada untuk berposing yang berlatar kan Gunung KK ...
Tapi sebabkan nak ada kenangan , sejuk2 pun mak pak posing jugak la
OK LEPAS Posing2 di Gunung KK kami turun la .
Desa Cattle Dairy Farm
Sekali pandang macam kat Cameron . kalau kat kinabalu park tadi sejukan .sini pun boleh tahan sejuk nya .. Sofea ? Still baju yang sama ..kebal sungguh anak dara ni .
padahal kat kampung tok nya kat perak tu banyak je kambing , mungkin kambing sabah lain kot ..
Bila baca bloggers2 yang dah datang kundasang ni dan ambik gambar disini macam menarik lak .Sini la yang riuh dok kata macam New Zealand tu . Betul jugak la keadaan nya mmg tak ada kat KL . nak kata macam kat New Zealand , aku pun tak penah sampai NZ . SUSU memang fresh dari ladang la .. maaf famly aku mmg bukan famly sihat hahah
Tiket masuk RM 6 .
Sekitar Kundasang
ni memang bersepah hotel .. kot la nk yang mahal nak macam rumah tumpangan yang
harga RM 30.00 semua ada la .Aku dah booked J Risedence hasil daripada
recommendation dari bloggers.ok la .cukup syarat untuk tidur .Lepas Posing2 dan
fefiling kat New Zealand terus cek in hotel .
Pekan Kundasang ni kedai tak
berapa banyak tau.tapi KFC pun ada .tak selera la yop nak mkn kfc ..KL bersepah
. Tapi aku memang nak bagi tau kalau sesiapa yang dah sampai Kundasang ni tak
rasa kepak ayam
rm 1.50 MEMANG RUGI la wei !!!! memang sedap bak hang .aku ulang beli dua kali kot !
rm 1.50 MEMANG RUGI la wei !!!! memang sedap bak hang .aku ulang beli dua kali kot !
~ dan berakhir la perjalanan di kundasang ~
Kemudian kami terus kan ke KK lagi sekali :
Sebelum cek in hotel kami singgah di Lok kawi
wildlife park Zoo
dah nama nya pun gi waktu
berkerja apa je la yang ada .kawan aku kata kalau hari cuti banyak persembahan
.nak buat lagu mana . jalan jer la fefiling pelacong tak penah masuk zoo msia
..
lepas tu baru la terus ke hotellll
masa kat KK aku stay kat Nexus resort
Nexus Spa & Resort Karambunai
.Hotel ni jauh sikit dari Bandar .tapi kami gagah kan jugak la . Anak anak
enjoy .sampai jer kami kat hotel masuk bilik sekali ada kek .part ni aku tak
request .aku Cuma oder candle light dinner beserta nyayian dan gitar , hantar
kek masa candle light dinner tu . So Husband lak ingat aku yang request kek
dalam bilik ni .eh tak la .. kami tak makan pun kek tu kami simpan dalam peti
ais . Cuma makan sepotong dua jer . Staff2 siap bagi kad ucapan happy anniversary
..so sweet .
Pastu terus bawak anak-anak mandi pantai dan kolam ..
Dan acara kemuncakkk nyaaaaa ::
Suami ku : slamat Hari jadi ... Semoga sentiasa di berikan kesihatan yg baik , sentiasa dimurah kan rezeki
Suami ku : happy anniversary yg ke 7 ... Semoga terus berusaha untuk membimbing I Dan anak2 ke jalan yg diredhai.semoga Kita terus belajar untuk sentiasa berubah ..jaga solat ! Inshallah harmoni segala nya .andai I mampu utk hadiah Kan u bintang akn I buat utk u ...
Anak ku sofea izara : happy birthday sayang mama .. 3 jam waktu beza nya kelahiran kamu Dan papa kamu ... Mama nk yg terbaik utk kehidupan kamu ..
Love ... Sabah karambunai
lepas je habis
dinner terus kami masuk Bandar .. cari seafood .Orang kata kalau ke sabah rugi
tak try seafood nya .. Tu yang aku gagah jugak gi tu .. masalah nya ko baying kan
aku ngn gaun kembang tu masuk pasar .. adoi haiiiiii ko hingat ko retis ? hadap
jer la
memang sedap wei ..
klu kat KL tak dapat der harga rm 90.00 ke ada ?
Lokan bakar
, sebenar nya laki aku nak cuba lokan bakar ni .tapi masalah nya tak ada pulak
jual masa nk makan lobster ni ha .. jadi
nya kami makan la lobster dan juga ketam ni .. sedap bak hangggggg kedai makan
seafood ni dekat je ngan pasar Filipin ni .
jalan kaki pun boleh .
Kalau korang memang jenis layan
barang2 hardrock atau suka tengok barang hardrock di setiap pelusuk .. KK pun
ada satu tau .. dekat2 jugak ngan pasar filipin tu ..kami sekeluarga masuk gak
.. pastu sebab tak berani nk tangung risiko takut ank2 pecah kan barang terus
apak nya ajak keluar .. jumpa pulak seketul robot ni ha
~~balik hotel ~` dan selamat
malam ..
Beakfst, mandi kolam dan check out .. Bye
Nexus
Ni juga yang ramai yg minta try kalau
dah sampai ke KK.
Deretan warung yang menjual lokan bakar dan air kelapa muda/bakar ini terletak tak jauh dari KK .Kelaa tu mmg win .. sedap wei mmg kena cuba
Deretan warung yang menjual lokan bakar dan air kelapa muda/bakar ini terletak tak jauh dari KK .Kelaa tu mmg win .. sedap wei mmg kena cuba