04 Julai 2008

Panduan tuk kita bersama....

artikel ni sy ambik dr sorg teman..tak la kenal tp dia la insan y tak reti jemu tuk hanta pelbagai emel dan sentiasa mengupdate kn blog nya... rajin sungguh :-) so kita sama2 baca k..klu perlu, print bg satu rumah kita baca sbb tu la y sy buat.. kita kongsi besama k..tak der la nk kata baik..tp hm..bak kata NABIL lu pikir la sendiri..WaChaa


Azan...

Mukjizatnya Azan
Pesanan Semasa Mendengar Azan..

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. 'Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin..

'WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ALLAH 24 JAM

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengarkan jawapan ini:

'Terima kasih kerana Anda telah menghubungi Baitullah'.

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'.

Atau....

Bagaimana jika Anda menerima jawapan daripada Malaikat memohon maaf seperti ini:

'Harap maaf, saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah
sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab sebentar lagi mengikut giliran.'

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat
respons seperti ini:

'Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat, sila:-

Tekan 1. Dengan malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah sambil Anda menunggu,
Tekan 4. 'Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka, sila tunggu sampai Anda tiba di sini!'

Atau mungkin juga Anda mendengar ini:

'Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah menelefon sekali pada hari ini. Sila cuba lagi esok.'

atau...

'Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.'

Alhamdulillah... Allah Subhanahu Wata'ala mengasihi kita hambaNya, kita dapat menelefon-Nya setiap saat, setiap waktu!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila masa sahaja dan Dia sentiasa mendengarkan anda. Kerana bila memanggil Allah, anda tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya'

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya'
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci untuk membuat panggilan ada terdapat di dalam Buku berjudul

'Al-Qur'anul Karim & Hadis Rasul'

Talian terus, tanpa perlu melalui Operator atau Perantara, dan yang lebih penting, tiada dikenakan apa-apa bayaran...

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian 'hunting' yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: 'Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut'

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap 'Bismillah' pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap 'Alhamdulillah' pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap 'Astaghfirullah' jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap 'Insya-Allah' jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok/akan datang.
5. Mengucap 'La Haula Wala Quwwata Illa Billah' jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap 'Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun' jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap 'La Ilaha IllAllah Muhammadur Rasulullah' sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, 'Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat... Mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu... Mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa...'

................**................

................**................

Pages