31 Disember 2015

2015 VS 2016 > Penghijrahan <

BISMILLAH...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ..

2015 Akan berakhir lagi beberapa jam jer lagi .. jadi Di kesempatan Ini aku Nurhafizah Bt Zakaria ingin meminta maaf pada kalian semua seandainya aku ada buat salah silap .. semoga tahun 2016 akan menjadi kenangan yang lebih indah buat kita semua ..

sepanjang 2015 pelbagai kenangan yang diperolehi. Shukur aku kepadamu Ya Allah . setelah 4 tahun lamanya Muhammad Aish Iskandar jadi anak ' tunggal ' tiba-tiba doctor sah kan aku mengandung .alhamdullilah kami memang merancang untuk jarak kan kandungan , dan ini adalah tahun nya . Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba nya . Bila kandungan semakin membesar aku hanya mampu memohan padanya  semoga kandungan aku sihat dan semestinya jauh di sudut hati aku ingin kan bayi dalam kandungan ini seorang puteri . Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa . bila sampi masa nya aku try buat scan 4D alhamdulilah doctor kata girl gila tak happy . tapi  tidak la aku mengharapkan 100% percayakan kat doctor tu .dia bukan tuhan .apa-apa pun boleh terjadi . berdoa je la ..




yang ke dua pulak rezeki suami , kami dapat memiliki rumah sendiri . fuhhh rezeki anak mungkin. .Walaupun rumah kami tak besar, cukup la untuk kami berlindung dan berteduh anak beranak .Baru la aku boleh tebuk dinding rumah sesuka hati aku .. masa menyewa rumah dulu mana boleh nak tebuk dinding sesuka hati ,tuan rumah tak kasi ulloss .. shukur kami dengan rezeki ini . Walaupun rasa duit keluar macam air, habis simpanan kamik, tapi bak kata mak aku, rumah sendiri berhabis pun tak per . Kang dah duduk rumah tu tak  ada nya nk reno sana sini ... so kami pun pulun la habis2 .. nasib umah kecik tak la besar sangat belanja nya .



yang ke3 rezeki keluarga aku agaknya, dah lama kami berharap semoga ada la salah seorang dari keluarga kecil kami ni ada yg berkhidmat dengan sector awam .Alhamdullilah rezeki adik lelaki aku dapat pegi jempol untuk latihan polis .shukur . cumanya dia terpaksa bekorban tinggalkan anak yang baru berusia 3 bulan . tak per la dik, rezeki.. semoga ada sinar di depan sana nanti 




..

Dan yang ke 4, bila saat puteri aku lahir terdetik kat hati kecil ini untuk berhijrah . Aku rasa ini adalah kenangan yang terindah selama 29 tahun ni . Sebenarnya dah lama terasa untuk berubah tapi tah la, rasa macam ada jer benda tak kena ( eleh sebenarnya hati tu tak tetap ) heheheh



Aku berazam kalau la aku nak berubah , aku nak cuba berubah segala2nya ,, tapi apakan daya, kita sebagai manusia, yang imannya hanyalah senipis kulit bawang . macam aku kata tadi kita hanya mampu merancang segalanya .. terpulang lah macam mana kita kawal perasaan dan hati kita ..





Walaupun banyak kenangan terindah dalam tahun ni , mana mungkin sepanjang hari asik bahagia jer . macam yang aku kata tadi duit keluar macam air . jadi mesti la ada masa-masanya kami terpaksa kurang kan perbelanjaan kami , cut cost yang mana rasa boleh di tangguhkan dulu , contohnya duit kereta aku . mana penah iollss tangguh bayar duit kereta nok oi. keadaan memaksa .. nasib la setiap bulan aku bayar lebih duit kereta tak la efek sangat . Dan Padanya aku memohan dan mengadu akan
 ' kesusahan ' kami . siang malam pagi petang aku mengadu dan minta bantuan dari Yang Maha Esa .Alhamdullilah Allah dengar permintaan hambanya . tup-tup ini dapat , itu dapat , rezeki yang tak disangka pun dapat .. Allah maha mengasihani yang penting ' mintalah ' pada nya , rajin lah berdoa, dhua , tahjud inshallah akan ada rezeki tu.

Pernah sedang aku duduk-duduk tiba2 aku terfikir, Allah sentiasa bantu aku ketika aku berada dalam kesusahan dan melindungi keluarga aku. tapi aku ? tutup aurat pun tak  :(    :(
 Orang kata kalau kita jaga solat kita dengan baik inshallah aurat kita pasti terjaga jugak .. aku?? jadi apa salah nya aku berubah dan ikut suruhan NYA ..  

Dan juga  kenapa terdetik nya hati ini untuk aku mengubah imej aku yang dulu nya ' togel ' adalah kerana suami  . pernah suatu ketika aku Tanya BFF  ( EDNA ) kenapa dan macam mana u boleh berubah pakai tudung .. ( mungkin ada la sebab lain ) tapi dia cerita ' dia kesian kat suami dia , sebab suami dia baik . tapi sebab kan dia tak bertudung suami dia yang akan tanggung dosa dia " ( lebih kurang macam tu la )....Dan nak di jadikan cerita dalam banyak-banyak orang yang aku jumpa dan ingin kan aku berubah selama ni , cerita dia yang win yang buat aku fikir siang malam . Suami aku baik , lembut , penyayang , tak pernah tinggi suara baik layanan nya dalam 5 tahun aku jadi isteri dia boleh kira berapa kali kami ' bergaduh ' jadi andai kata rezeki suami dapat masuk syurga kelak, mesti jalannya  terhenti kat tengah jalan sebab isteri dia tak jaga aurat  sepenuhnya ... kesian suami . jadi dari hari ke hari aku berdoa supaya Allah tunjuk kan aku jalan yang lurus jalan orang-orang yang beriman .. alhamdullilah tanggal 17 dec 2015 aku mula mengenakan tudung. Semestinya suami happy ngan perubahan ni tapi yang paling happy adalah ayah .mana penah ayah nak puji-puji ni hihih tapi aku tau ayah gembira. Semoga aku akan terus berada dilandasan yang betul amin ..

Bila aku cuba belajar al-Quran yang aku celam celup bila rasa nk baca aku baca ,hmmmm terus terasa bertapa rugi nya aku tak mendalaminya . bertambah sedih bila aku baca terjemah Al-Quran bertapa aku sebenarnya ketinggalan zaman dan sangat la berada dalam golongan orang yang sangat rugi ...

Bila tahun baru muncul ramaila yang buat azam baru kan ..itu jugak la aku . azam aku semoga aku , suami dan anak - anak dapat teruskan kelas mengaji dan habis kan al-quran , dan dapat didik izara dan iskandar menjadi orang-orang terdidik akhlak nya . semoga kelak Aish Iskandar akan dapat mengimamkan bila mana mama dan papa nya telah ' dijemput '  oleh penciptanya.

Dan azam aku semoga aku dapat tambah harta lagi hihihihih ' carilah harta seperti kamu mahu hidup 1000 tahun lagi , beribadatlah seperti kamu mahu mati keesokan harinya '

# selamat tahun baru kawan-kawan sekalian semoga kita sentiasa dilindungi Oleh Nya #


31 Oktober 2015

It's A princess .. dan nama nya

Bismmilah ..

Alhamdullilah shukur aku pada yang maha Esa , aku telah selamat melahir kan seorang khalifah Allah.Setelah 4 Tahun Muhammad Aish Iskandar jadi 'anak tunggal ' and now Muhammad Aish Iskandar officially a big brother.What a blessing. Kami memang merancang untuk anak yang ke dua tapi walau macam mana merancang pun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya .


It's A princess !!!!



Yes Princess  .Alhamdullilah sepasang sudah .Jadinya boleh la rehat lama sikit kan hihiihi. berdebar jugak masa check up tiap tiap bulan kalau jantina perempuan ni payah nak confirmkan sebab tak leh nak nampak kan .jadi nya aku hanya mampu berdoa semoga anak yang dalam kandungan aku adalah perempuan .Alhamdullilah  rezeki aku dan suami . ada jugak aku geng.


 aku dijangka bersalin pada 24 Oct 2015, dapat jer tarikh tu aku dan suami senyum... peh 24 Oct .Anniversary kami dan hari jadi suami jatuh pada 23 Oct . Harap - harap boleh la 23 Oct kan .sekali harung katanya .( kopak la mama )  sampai la bulan yang di tunggu Oct'15 aku dah mula bedebar .orang kata anak no 2 ni kemungkinan akan bersalin awal.sama ada seminggu awal atau 2 minggu awal .neves mak nok . minggu pertama Oct tak jugak bersalin , minggu ke 2 tak jugak bersalin .kakak-kakak office suma asik tanya bilanya nk bersalin ni . " la tak bersalin lagi " huhuhuh . bila check doktor minggu ke 3 doktor keluarkan surat bagi tempoh sampi 3 Nov 2015.kalau 3 Nov tak jugak bersalin paham la sendiri kena buat apa..operate la nok oi  . berdoa tak putus-putus masa tu . last appointment  aku check up 23 Nov,
petang tu dah rasa lain tapi malas pikir.buat kerja rumah macam biasa siap mengop lagi .

7 Ptg ( 23 Oct ) cakap kat suami asal sakit lain macam ni . tapi ingat biasa je. pergi hospital sebab ada appointment yang aku kata tadi tu,dalam pukul 9 no giliran aku . hambik time tu dah sakit lain macam .Doktor seluk skali dah bukak 4CM rupanya .hambik ko .terus kena tahan wad . masuk air ( katanya bagi lagi cepat terbukak )bila dah masuk air huh kesakitan jadi double la wei . ayat kursi tak putus2. banyak-banyak baca ayat kursi  dan 3 kul ,inshallah kurang .bila dah sampai tahap max kesakitan itu dan kerap terjadi maka aku terus dimasuk kan ke labour room .sampai ke labour room kena tunggu yang bawah tu terbukak lagi bukan boleh terus teran jer.mulut suami tak henti-henti berdoa sebab aku dah mula menangis, 

jadi percayalah sakit bersalin adalah sakit yang amat luar biasa . dan masanya kini telah tiba segala kekuatan ,kudrat dan segala power rangers yang ada amat perlu di gunakan buat masa ini . teran yang terakhir ( yang ke 3 ) doktor dan nurse dah jerit bagi kata- kata semangat .suami pun dah mula bagi kata-kata yang memang buat "aku akan pastikan ini adalah teran yang terakhir "  ( sambil usap kepala aku dan jerit kata " sayang kepala baby dah nampak .teran kuat- kuat sayang ...

Allahuakbar .dengan nafas yang panjang keluar la khalifah Allah yang sangat indah rupanya ... 

Dan genapnya princess 7 hari ,kami buat tahnik dan genap nya princess 7 hari pusat princess pun jatuh .alhamdullilah  dan genap nya princess 7 hari papa pun daftar nama dan announce nama princess pada family terdekat ... 


dan dengan ini saya dan suami mengumumkan nama PUTERI KESAYANGAN KAMI di beri nama SOFEA IZARA.. dan harapan kami semoga SOFEA IZARA membesar menjadi anak yang soleh , bijak , pandai , dan cantik ..AMIN .


OK chow ~~~


sofea ~ day 9




                                                               ~ lengkap kehidupan ini ~




03 April 2015

Fast & Furious 7

Kisah nya begini ... Nok , Mak plan ngn laki mak ambik cuti khamis okey kebetulan khamis 2/4/2015 Fast & Furious 7 Keluar .Sebenarnya bukan la hari pertama keluar pun aku ingat aku dah cukup awal booking ticket.rupanya ada orang lagi awal booking ticket. 1/4/2015 dah ada tayangan nya  . baru nak gebang nok .




Tapi tak la semata-mata ambik cuti nak tengok wayang punya pasal . Pagi tu ada la hal yang kami berdua kena satlekan . Jadi dah alang-alang tu movie dating la apa lg .  booking ticket nak ambik seat paling special , bak kata member office aku ambik seat cinta .... cinta pun boleh . Kami berdua bukan lah kaki wayang tapi ada 2 cerita yang akan membuat kan kami ke panggung .  cerita transformer yang semakin lama semakin merepek dengan robot-robotnya dan kedua fast & furious.  



Jadi keluar lah duit lebih sikit nk tempat yang selesa katanya .pejam mata jer la . Panjang kot nak beratur beli ticket . orang mana ada dah beli ticket bang , org sekarang main scan2 jer nak tgk wayang ;) :p

  opsss maaf tergurau kasar pulak :p hihihiihihi


Keterujaan nak tengok tu memang ada nak pulak hero nya dah mati awal sebelum tayangan keluar kan , nak la tau apa yang jadi lepas tu . Mula tu layan la.lepas habis wayang cam biasa lepak makan ngn Encik Suami   dan bincang .betul jugak apa yang sang suami kata makin lama cerita ni makin menyimpang .dari lumba kereta , cerita pasal kereta sekarang dah cerita pasal nak tangkap jenayah pulak . Lain orang lain cara pemikirannya .aku tak tahu la korg suma macam mana . tapi ada kebenaran dari apa yang Amie kata tu. Aku mengharapkan adengan lumba kereta yang banyak . benda-benda alah yang telah di ubah suai dalam kereta , cara letty berlumba , cara letty bawak kereta , ( nak bayangkan jadi letty :p )  konvoi kereta , tapi makin lama adengan bertumbuk-tumbuk , peluru , pistol , bom , kereta terbang dari bangunan ke bangunan , kereta terbang ke gaung , kereta terbang dari kapal terbang, terbang sana terbang sini adoihai . tengok cerita RAMBO la macam ni .



Meh la aku cerita sikit pasal FF7 ni  :- ALKISAHNYA :::


:: = Deckard Shaw (Jason Statham) Terlalu marah dengan kematian adaik nya , Owen Shaw (Luke Evans) jadi dia ingin membalas dendam pada yang bertanggungjawab terhadap kematian adiknya itu.


Untuk mencari maklumat tentang orang yang bertanggung jawab terhadap kematian adik nya , Deckard telah menceroboh bilik agent  Luke Hobbs (Dwayne Johnson) untuk mendapat data Dom dan kawan-kawan,
 Deckard mulai memburunya satu per satu.

Han jadi mangsa pertama dan telah dibunuh. Perburuan terus dilakukan, Deckard rupanya bukanlah orang biasa atau sekadar  mafia biasa.

(upacara kematian han ) 


 Ia telah membuat Dom kembali untuk mengumpulkan ahlinya, Brian O'Conner (Paul Walker), Letty (Michelle Rodriguez), Roman (Tyrese Gibson), dan Tej (Ludacris). Dalam masa yang sama Mia pregnant ank kedua .Letty sama jugak macam yang lepas masih lagi tak dapat ingat kisah-kisah lama yang terjadi.

James selaku pengarah juga bijak menyelit kan beberapa aksi komedi dari pelakon kulit hitam Roman (Tyrese Gibson ).

Sebenarnya ramai yang berkata-kata yang watak paul akan mati dalam episode kali ni .tapi ternayata salah .

salah satu adegan Vin Disel juga mengucapkan dialog yang ternayta  menyentuh perasaan, khas untuk Paul. Ditambah penggambaran  ini untuk mengigati Paul Walker Yang telah terlibat dalam kemalangan pada 30 November 2013 itu.

Macam blog aku yang lepas-lepas , aku kata yang aku suka pasangan MR Alpha & Mrs Alpha kan , sama jugak kali ni .aku suka cara Mr Alpha layan Mrs Alpha . Dan aku sangat Mrs Alpha ( Letty) bawak kereta . "  , u die ,I die "

ok dah jom layan adengan2 yang ada dalam FF7 ni :

( bersiap nk ke party ..masa ni kat abu dharbi dorg nak ambik kereta mewah seorang putera dekat panthouse dimana dalam kereta tu ada benda yang penting ) 

( salah satu babak dimana kereta ni 'terbang' dari satu bangunan ke satu bangunan ' ) ok smpi 3 bangunan kereta ni terbang !! 


( part 'the rock ' men tembak2 ngan helipkopter . mamat ni relax jer tembak)




( dan rasa nya part ni la yg sedih tu ... dan rasa aku lagi part ni la adik / abang paul walker ganti kan dia di tambah kan pula dengan ayat-ayat puitis dari torentto ) 






Sini ada beberapa dialog yang boleh zasssss kot :

- "Ride or Die."

- "Ask any racer, any real racer. It don't matter if you win by an inch or a mile; winning's winning."

- "A real driver knows exactly what's in his car."

- "You've got the best crew in the world standing right in front of you, give them a reason to stay."

- "Show me how you drive, It'll show you who you are."



Bermulanya kisah-kisah ini dari episode :-

The Fast and The Furious

2 Fast 2 Furious

Fast & Furious

Fast Five

Fast & Furious 6

Fast & Furious 7



          `` :: ok chow `` ::

27 Januari 2015

Anak bukan milik Kita tapi amanah kepada kita

Saat mengetahui yang diri ini bakal begelar ibu ,timbul satu perasaan .. perasaan was-was.yea ada sedikit was-was.Boleh ke fiza yang nakal ni jadi ibu yang baik .

Bila kandungan masuk ke 5,6,7,8 bulan mula la dapat rasa ada sesuatu yang begerak-gerak dalam perut.kejap begerak ke kiri kejap ke kanan,kejap kang cepat-cepat tunjuk kat papanya ada Nampak tak siku / tapak kaki dia.Suruh papanya bercakap dengan dia masa dalam perut la .Rasa macam amie cakap dengan perut je tiap kali amie tundukan muka dia .. sweet moment

Mengandungkan 'dia' mmg tak banyak halnya .Cuma seingat aku satu family kena cari rambutan .tu jer .Sampai saat 'dia' lihat dunia ,baru la kami pilihkan nama nya .Muhammad aku pilih sempena nama rasul kita , Aish pula sebab maksud nya  KEHIDUPAN Iskandar = PAHLAWAN




Melihat Muhammad Aish Iskandar membesar ,mula-mula meniarap,merangkak kemudian berjalan seawal 9 bulan ,sambut hari lahir yang pertama kemudian hari lahir 2 tahun , masuk ke 3 tahun dan sekarang anak bujang aku ni dah pun masuk sekolah .cepat nya masa berlalu .4 Tahun dah usia Aish Iskandar .. 5 tahun dah usia perkahwinan kami ... 12 tahun dah mama dan papa berkenalan dan +++ cinta2 heeeehhehehehe


                                                       ( sambutan hari lahir yang pertama ) 




Aish Iskandar membesar dengan penuh kasih sayang . itu yang aku dapat lihat .Sebaik aku habis pantang dan masuk kerja Aish Iskandar memang tinggal dengan neneknya (mak tok).Adik aku no 2 Aish Iskandar panggil uncle wife nya aunty ,adik no 3 UMI , dan adik aku yang bongsu Aish iSkandar panggil ACU .


( sambutan hari lahir yang ke 2 ) 





Atuk dengan uncle Nampak garang ,tapi 2 orang ni lah yang selalu manjakan Aish .Asal balik dari keja atau keluar mana-mana dia org ber dua ni la rajin beli kan apa-apa saja untuk Aish .Aunty pun sama .selalu rajin melayan kerenah mengada-ngada Aish Iskandar .nampak gak bila ada aunty nya Aish Iskandar kemain lg ..hai la anak . UMI ... Umi lebih kepada macam cikgu .bila umi aja senang jer masuk senang je Aish menghafal . Umi agak tegas tapi Aish suka jugak mengada-ngada dengan Umi .Sekarang Aish dah hafal semua nama-nama planet .zurah la earth la mercury la ,shape pn Aish Iskandar dah kenal ,sekarang yang terbaru Aish Iskandar dah hafal Al-Fatihah dan surahAn Nas .Acu?Acu sibuk dengan main game 24 jam kalau ada kat rumah . tapi kadang2 terpaksa layan sebab Aish tak ada kawan nak main .bila main Aish menangis acu la yang kena marah padahal Aish yang kacau acu dulu .kesian acu ...


                ( hari lahir Aish Iskandar yg ke 3 tahun bersama abg2 Tahfiz )





Maktok ? uiii maktok la yang mencorak kan aish ,back up besar ni . bukan takat acu ,kalau aku marah aish depan mak silap2 aku balik yang kena.



Macam tu la kehidupan Aish Iskandar dari kecil sampai la besar . Dia  membesar dalam rumah mak dan ayah kawan-kawannya pulak adik-adik aku .kalau pun ada orang luar jiran sebelah.

Jadi bila tiba masanya Aish Iskandar ke sekolah memang agak sukar di situ .3 minggu asal masuk jalan nak ke sekolahnya menangis .asal sampai ke sekolah menangis . Sampai amie kata kalau macam ni gak kita masukkan dia sekolah bila umur nya dah 5 tahun la .hmmm




Jadi aku pun Tanya la cikgu nya .. aish nangis lagi ker ..  private masage dengan teacher nida :-



Jadi itulah sebab nya .. dan memang kena bagi masa dekat Aish Iskandar untukl sesuai kan diri . mana pernah Aish Iskandar dapat kawan sekali gus ramai macam ni .. tekejut la  dia kan . Jadi aku rasa baiklah aku biar kan dia nangis .kejam pulak bunyi nya.masa pagi jer nangis bila dah tinggalkan cikgu kata ok jer .pas tu menangis balik bila Nampak Umi nya .Umi akan jemput Aish Iskandar balik sekolah .nampak manja dia macam mana kan . hey la anak.. 





itulah aktiviti Aish Iskandar kat sekkolah .. nampak kan bila kami tak ada elok je pulak dia lakukan aktiviti kan .. hish la.cuma nya kena pujuk lebih kat dia .. Aish Aish  

Nak pujuk bukan senang macam-macam ayat kami guna paling tidak umpan kata nak bawak men boling . 

skg ni antara main boling atau bawak main playground dia lebih berminat pada boling .jadi nya aktiviti tiap2 minggu sekarang  kena bawak dia main boling . satu lane untuk dia satu lagi untuk aku ngan amie .nasib la boling, aku memang minat gak kalau dia pilih mancing ? aku ? huhuhuhu 






................**................

................**................

Pages