31 Disember 2015

2015 VS 2016 > Penghijrahan <

BISMILLAH...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ..

2015 Akan berakhir lagi beberapa jam jer lagi .. jadi Di kesempatan Ini aku Nurhafizah Bt Zakaria ingin meminta maaf pada kalian semua seandainya aku ada buat salah silap .. semoga tahun 2016 akan menjadi kenangan yang lebih indah buat kita semua ..

sepanjang 2015 pelbagai kenangan yang diperolehi. Shukur aku kepadamu Ya Allah . setelah 4 tahun lamanya Muhammad Aish Iskandar jadi anak ' tunggal ' tiba-tiba doctor sah kan aku mengandung .alhamdullilah kami memang merancang untuk jarak kan kandungan , dan ini adalah tahun nya . Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba nya . Bila kandungan semakin membesar aku hanya mampu memohan padanya  semoga kandungan aku sihat dan semestinya jauh di sudut hati aku ingin kan bayi dalam kandungan ini seorang puteri . Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa . bila sampi masa nya aku try buat scan 4D alhamdulilah doctor kata girl gila tak happy . tapi  tidak la aku mengharapkan 100% percayakan kat doctor tu .dia bukan tuhan .apa-apa pun boleh terjadi . berdoa je la ..




yang ke dua pulak rezeki suami , kami dapat memiliki rumah sendiri . fuhhh rezeki anak mungkin. .Walaupun rumah kami tak besar, cukup la untuk kami berlindung dan berteduh anak beranak .Baru la aku boleh tebuk dinding rumah sesuka hati aku .. masa menyewa rumah dulu mana boleh nak tebuk dinding sesuka hati ,tuan rumah tak kasi ulloss .. shukur kami dengan rezeki ini . Walaupun rasa duit keluar macam air, habis simpanan kamik, tapi bak kata mak aku, rumah sendiri berhabis pun tak per . Kang dah duduk rumah tu tak  ada nya nk reno sana sini ... so kami pun pulun la habis2 .. nasib umah kecik tak la besar sangat belanja nya .



yang ke3 rezeki keluarga aku agaknya, dah lama kami berharap semoga ada la salah seorang dari keluarga kecil kami ni ada yg berkhidmat dengan sector awam .Alhamdullilah rezeki adik lelaki aku dapat pegi jempol untuk latihan polis .shukur . cumanya dia terpaksa bekorban tinggalkan anak yang baru berusia 3 bulan . tak per la dik, rezeki.. semoga ada sinar di depan sana nanti 




..

Dan yang ke 4, bila saat puteri aku lahir terdetik kat hati kecil ini untuk berhijrah . Aku rasa ini adalah kenangan yang terindah selama 29 tahun ni . Sebenarnya dah lama terasa untuk berubah tapi tah la, rasa macam ada jer benda tak kena ( eleh sebenarnya hati tu tak tetap ) heheheh



Aku berazam kalau la aku nak berubah , aku nak cuba berubah segala2nya ,, tapi apakan daya, kita sebagai manusia, yang imannya hanyalah senipis kulit bawang . macam aku kata tadi kita hanya mampu merancang segalanya .. terpulang lah macam mana kita kawal perasaan dan hati kita ..





Walaupun banyak kenangan terindah dalam tahun ni , mana mungkin sepanjang hari asik bahagia jer . macam yang aku kata tadi duit keluar macam air . jadi mesti la ada masa-masanya kami terpaksa kurang kan perbelanjaan kami , cut cost yang mana rasa boleh di tangguhkan dulu , contohnya duit kereta aku . mana penah iollss tangguh bayar duit kereta nok oi. keadaan memaksa .. nasib la setiap bulan aku bayar lebih duit kereta tak la efek sangat . Dan Padanya aku memohan dan mengadu akan
 ' kesusahan ' kami . siang malam pagi petang aku mengadu dan minta bantuan dari Yang Maha Esa .Alhamdullilah Allah dengar permintaan hambanya . tup-tup ini dapat , itu dapat , rezeki yang tak disangka pun dapat .. Allah maha mengasihani yang penting ' mintalah ' pada nya , rajin lah berdoa, dhua , tahjud inshallah akan ada rezeki tu.

Pernah sedang aku duduk-duduk tiba2 aku terfikir, Allah sentiasa bantu aku ketika aku berada dalam kesusahan dan melindungi keluarga aku. tapi aku ? tutup aurat pun tak  :(    :(
 Orang kata kalau kita jaga solat kita dengan baik inshallah aurat kita pasti terjaga jugak .. aku?? jadi apa salah nya aku berubah dan ikut suruhan NYA ..  

Dan juga  kenapa terdetik nya hati ini untuk aku mengubah imej aku yang dulu nya ' togel ' adalah kerana suami  . pernah suatu ketika aku Tanya BFF  ( EDNA ) kenapa dan macam mana u boleh berubah pakai tudung .. ( mungkin ada la sebab lain ) tapi dia cerita ' dia kesian kat suami dia , sebab suami dia baik . tapi sebab kan dia tak bertudung suami dia yang akan tanggung dosa dia " ( lebih kurang macam tu la )....Dan nak di jadikan cerita dalam banyak-banyak orang yang aku jumpa dan ingin kan aku berubah selama ni , cerita dia yang win yang buat aku fikir siang malam . Suami aku baik , lembut , penyayang , tak pernah tinggi suara baik layanan nya dalam 5 tahun aku jadi isteri dia boleh kira berapa kali kami ' bergaduh ' jadi andai kata rezeki suami dapat masuk syurga kelak, mesti jalannya  terhenti kat tengah jalan sebab isteri dia tak jaga aurat  sepenuhnya ... kesian suami . jadi dari hari ke hari aku berdoa supaya Allah tunjuk kan aku jalan yang lurus jalan orang-orang yang beriman .. alhamdullilah tanggal 17 dec 2015 aku mula mengenakan tudung. Semestinya suami happy ngan perubahan ni tapi yang paling happy adalah ayah .mana penah ayah nak puji-puji ni hihih tapi aku tau ayah gembira. Semoga aku akan terus berada dilandasan yang betul amin ..

Bila aku cuba belajar al-Quran yang aku celam celup bila rasa nk baca aku baca ,hmmmm terus terasa bertapa rugi nya aku tak mendalaminya . bertambah sedih bila aku baca terjemah Al-Quran bertapa aku sebenarnya ketinggalan zaman dan sangat la berada dalam golongan orang yang sangat rugi ...

Bila tahun baru muncul ramaila yang buat azam baru kan ..itu jugak la aku . azam aku semoga aku , suami dan anak - anak dapat teruskan kelas mengaji dan habis kan al-quran , dan dapat didik izara dan iskandar menjadi orang-orang terdidik akhlak nya . semoga kelak Aish Iskandar akan dapat mengimamkan bila mana mama dan papa nya telah ' dijemput '  oleh penciptanya.

Dan azam aku semoga aku dapat tambah harta lagi hihihihih ' carilah harta seperti kamu mahu hidup 1000 tahun lagi , beribadatlah seperti kamu mahu mati keesokan harinya '

# selamat tahun baru kawan-kawan sekalian semoga kita sentiasa dilindungi Oleh Nya #


................**................

................**................

Pages