Assalamualaikum
Rasa nya belum terlewat lagi untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kat korg semua kot .. Jadinya " selamat
berpuasa korg " semoga puasa kali ni sama-sama kita berlumba-lumba untuk
mencari keberkatan dari Nya dan semoga puasa kali ni bukan puasa kita yang
terakhir .. inshallah ..
Cakap pasal puasa yang terakhir , ingin aku cerita kan
pada korg semua kisah sedih yang terjadi dalam keluarga kami baru - baru ni ..
sebelum tu untuk pertengahan tahun 2016 ni aku telah kehilangan 2 insan yg baik
dan yang amat kami sayangi ..
Semoga Pakcik amie dan kak Ayu di tempat kan dikalangan
orang-orang yang beriman .. amin
Meh aku ceritakan serba sedikit tentang kak Ayu yang aku
kenal selama 6 tahun aku menjadi ahli keluarga belah mertua .. Kak ayu merupakan
biras aku yang sulung .Orang nya agak garang , kadang-kadang bila bercakap direct
sikit la.Tapi memang begitu cara kak ayu begurau..
mula-mula lepas kawin
aku tekejut jap ngan cara macam tu , lama-lama dah sebati malah leh buat gurau
lagi ngan ayat-ayat kak ayu tu heheheheh.
Kak Ayu suka bersedekah , maksud aku Arwah rajin buat
makan-makan dekat rumah dia . rajin ajak adik beradik kumpul kat rumah .pantang
ada makanan ,ajak jer adik beradik , tak kira adik beradik kandung dia mahupan
ipar duai dia .
Kawan-Kawan ,
Banyak sebenarnya yang ingin aku ceritakan mengenai arwah
, tapi tetiba aku blur lak . tak tau macam mana nk menyampaikan nya .
Tapi rasanya lebih baik aku beratkan dengan cara beliau
menghembus kan nafas nya yang terakhir
yang membuat ramai orang kagum , sebak , bershukur , dan sebagainya ...
~ Abg ipar aku ada bagi tahu yang dia dan kak ayu akan
berangkat ke tanah suci pada hari pertama bulan puasa kalau dengan IzinNya .
tapi abang ipar dah warning aku awal-awal jangan Tanya atau bagi tau kak ayu
yang aku dah tau ,sebab tak nak kecoh2 lagi katanya.SYMP la aku pun ..
Seminggu sebelum Mereka bedua berangkat ke tanah Suci aku
sempat singgah kerumah arwah .. sembang-sembang , arwah tak banyak cakap sangat
la .. gurau-gurau gitu jer . lepas tu tak contact dah sampai la time nak berangkat
tu .
Masa dekat KLIA pun arwah tak banyak cakap .. senyum- senyum
jer. Aku peluk arwah dan mintak arwah doakan aku dan aku doakan arwah
selamat pergi dan pulang .
Sepanjang 2 minggu arwah dan abg ipar aku kat mekah aku
memang tak ada berhubung langsung .. aku tau khabar mereka pun dari
anak-anak arwah . oh yea aku rapat dengan adik perempuan arwah yang aku
pangil cikna dan anak-anak arwah ..
Arwah dan abang
ipar aku sepatutnya balik ke Malaysia 15/6/16 tapi di tunda satu hari lagi jadinya
mereka balik 16/6/16. Aku tak ingat jam berapa mereka sampi di KLIA . aku tak
dapat jemput sebab kerja .
Petang tu cikna msj aku suh datang rumah arwah sebab kami
dah plan seminggu kami nak buka puasa kurma dan air zam zam .. aku jawab tak dapat sebab aku kena rushing
ambik princess sofea dekat nursery ... elok lepas
berbuka tengah santai-santai depan TV ayah aku kata biras aku sakit .. la biras
mana pulak yg sakit ..setahu aku biras aku elok jer main whasap dalam group ni
ha .. skali laki aku kata kak ayu dah
meninggal "u cepat siap" ..
gila kau nok..ptg tadi msj elok tiba selang bper jam dah meninggal ..ko rasa aku nk percaya tak cakap laki aku ?
gila kau nok..ptg tadi msj elok tiba selang bper jam dah meninggal ..ko rasa aku nk percaya tak cakap laki aku ?
Terus call cikna , aku tereEmo dan marah2 cikna ..maaf kan
maksu ek cikna ..
Sepanjang perjalan aku laki bini diam . aku tetap berdoa
yang laki aku bg berita palsu ..atau laki aku ada masalah telinga ( salah
dengar ) ...
Mengigil wei nak naik tangga bila Nampak ramai orang
depan rumah arwah .. macam kena hempap batu besar aku Nampak ada sebujur badan
terbaring dah tertutup sampai muka ...
Allahuuu
Mengigil satu badan aku sebab tak percaya ..
Duk tengah-tengah baca yasin jenazah kena bawak pergi
hospital untuk bedah. Jenazah kena letak kat hospital untuk satu malam
.. esok nya jumaat dalam jam 12 tengah hari baru jenazah tiba dan dimandi kan
.. jenazah disolatkan di masjid Alam Damai selepas solat jumaat .dan dikebumikan
di Tanah Perkuburan Alam Damai ..
Kawan-Kawan ,
Nampak tak perancangan yang telah Allah aturkan untuk
arwah ..cantik kan .. meninggal dunia selepas kembalinya dari Tanah suci , bersih
... menghembuskan kan nafas terakhir di pangkuan suami tercinta pada khamis
malam jumaat dan disolat kan selepas selesai solat jumaat .. ( blh korg
bayangkan betapa ramai orang solat kan jenazah ? dan yang membca talkin nya
imam masjid .. keadaan ditanah perkuburan sangat cantik cuaca ketika itu ,..
Mudah kan perjalan nya .. wallah hualam
Pada saat arwah di mandikan di surau Sri Perindu aku
dapat lihat ramai yang menangis sedangkan yang menangis itu bukan ahli keluarga
atau darah daging arwah .. itu tanda nya arwah di senangi . mungkin juga arwah
seorang yang ringan tulang dan aktif di kawasan perumahan beliau dan itu juga
yang menyebabkan kehilangan arwah sangat di rasai ..
Al - Fatihah Buat Ros Hayou Bt Ahmad ( 30/07/1968-16/6/2016 )
semoga akak ditempatkan dikalangan orang-oang yang beriman amin ~
semoga akak ditempatkan dikalangan orang-oang yang beriman amin ~
P/S :-
sepanjang perjalan pada kejadian hari , buat aku terpikir menjaga hubungan sesama kita amat lah penting sekali .Mungkin arwah amat disenangi oleh jiran tetangga , maka ramai juga yang sudi membantu menguruskan jenazah . apa akan jadi kalau kita hidup menyombong dan tidak bergaul dengan orang ???? tepuk dada tanya selerea
Ingin juga aku
mengigati diri aku sendiri dan kalian semua , jangan sesekali kita menyakiti
hati orang, sama-sama kita cuba untuk menjaga ayat-ayat yang bakal keluar dari mulut
kita . walaupun kita rasa kita benar , banyak caranya untuk kita menyampaikan nya bukan dengan bersuara LANTANG menegur takut nanti bila sampai waktunya tak ada yang sudi melawat kita ..
sedihnya allahuabar ...
~ kita sama-sama menjaga silaturahim sesame kita , jangan
kita cuba untuk memutuskan nya . memohon maaf bukan bererti kita kalah ... itu lebih mulia dari mendabik dada
~ lebihkan la pembelajaran agama kepada anak-anak kita .
kelak bila sampi waktu nya jika dizinkan biar lah anak yang mengimamkan jenazah
kita dan memandikan kita
Pernah aku terbaca atau terdengr ceramah , pengakhiran
hidup kita yang menentukan segala-galanya , jadi hendaklah kita sentiasa bersiap
sediap untuk nya .
contoh nya walaupun kita bertudung litup, kita dah rasa
kita sempurna belum tentu pengakhiran kita sempurna , belum tentu orang yang kita
rasa seksi atau teruk akhlak nya tu pengakhiran hidupnya teruk jugak .. mana tau
yang teruk tu tiba-tiba terdetik kat hatinya nak bersedekah atau nak buat solat
sunat ker time tu ajal dia sampai ? tak ke indah namanya tu . Jadi jangan cepat
nak menilai orang dan mengata pasal orang .. jaga AIB sesame kita ..
semoga kita sentiasa dilindungi Oleh NYA ... Wallahualam
"Hidup kat dunia ni sekejap sangat, jadi apa bekalan
yang kita nak bawa untuk teman kita kat akhirat nanti? Antaranya dengan
bersedekah, membantu orang lain, buat baik pada keluarga dan masyarakat" ~~ #copypaste #helizaHelmi
Andai aku pergi suatu hari nanti,
Aku berharap padamu Ya Allah.
Permudahkanlah jalanku sewaktu sakaratul maut datang
menjemput. Pergi dalam husnul khotimah dalam keadaan Engkau redha dan aku
diredhai.
Kau permudahkanlah juga pada mereka yang menguruskan
jenazahku...
Usahlah sahabat2 serta ahli keluargaku meratapi pemergian
ku. Kerana dengan airmata kalian, tidak dapat mengembalikan sebuah nyawa yang
telah pergi menghadap Illahi.
Tetapi teruskanlah mengingatiku dengan mengirimkan Al
Fatihah. Semoga aku tenang disana.
Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian. ~ #copypaste #helizahelmi