26 September 2014

bini bergaya laki ?????


Sebenarnya , aku  bercadang untuk menulis blog yang berkaitan dengan percutian aku
kemana-mana saja .konon nya nak jadikan blog pasal makan angin di Negara-negara orang la kononnya !!

Konon – konon mak selalu bercuti keluar Negara la kaedah nya .bajet sungguh kan,pas tu bila pikir balik bejalan-jalan pun 10 tahun sekali ( tipu) ada hati nak tulis blog pasal makan angin . so memang hangin la ! huhuhuh

Lupakan la niat itu hokey !

Sekarang kembali ke cerita lain.

 cerita pasal orang kaya-kaya ni 

mana ada orang yang tak nak kaya yea tak ... gila kau jemah tak nak kaya ... Doa ku semoga kami akan kaya juga ;) 

tapi bila kaya aku kaya seorang jer .. En Amie tak nak kaya sebab katanya lelaki kalau kaya lupa daratan .. lelaki kalau kaya mula pasang angan2 ….

En.Amie kata dia tak memerlukan kehidupan yang kaya raya cukup dengan segala kelengkapa nya cukup. Rezeki yang tak putus anak bini tak rasa kesusahan..

Lebih kurang cam tu la ayat dia  ‘ u kaya la , u leh tanggung I ‘ ok part ni dah lari sikit dari falsafah nya ! 

kemudian tengah lepak minum ni , aku tanya beberapa soalan buat En.Amie sebab aku masih tak jumpa jawapan dari persoalan aku ni 
saja  nak menyemak kan otak aku ni untuk berfikir sebab tak ada benda nak fikir kan ..

soalan 1)
‘ sayang , I tak paham kenapa orang yang kita tahu kehidupan dia susah macam mana tapi dorang masih lagi membazir beli benda yang rasa nya tak perlu kot.Tak terpikir ke oleh mereka duit tu kalau bawak anak-anak berjalan pun bagus gak.. duit ni kalau beli barang-barang makanan stok sebulan bagus gak . duit ni kalau simpan untuk akan datang bagus gak .

Jawapan 1)
 ‘ kalau dah memang minat dorang ngan benda tu walau berapa harga benda tu dorang tak kisah ,asalkan kepuasan tu dapat rasa.macam salesmen tempat keja I beli ‘barang’ sampai ribu-ribu bila Tanya kenapa tak beli superbike ker apa ker dia jawab saya tak minat itu semua saya Cuma minat ini ‘ barang ‘ saja .minat kan

Soalan 1 )
‘ iyea la kalau macam salesmen u tu I tak kisah sangat la mungkin dia memang jenis berduit tak ada hal nya. Orang berduit minat pun memang kena minat yang telan duit gak la . Ni yang jenis tak ada la nak kata kais pagi makan pagi , tapi kita tau susah nya dorg tu nak ada duit ‘banyak’ tak boleh ker simpan .. arghhhhhh pas tu tengah bulan mula la tak ada duit la , makan kena tengok-tengok la, mahal ker tak .series I tak paham …

Jawapan 1) 
 ‘ no comment sambal gelak dan menyebut contoh …



 kemudian aku Tanya soalan yang baru


Soalan 2 ) 
‘ yang ni lagi satu , suami isteri kata nya berkongsi segala susah senang kan , agak-agak sayang kan suami yang pinjam duit dari kawan-kawan ni dorang cter tak ngan isteri dorg, atau isteri dorg tau tak yang suami dorang ni sampai meminjam duit orang

Jawapan 2 )
‘ mana la I tau tapi rasa nya tak cter la kot . ‘

Soalan 2 )
 ‘ patut la….. sayang agak kalau isteri ni tau yang suami dorang ni sampai meminjam duit orang , c isteri nak tak up pic yang gempak – gempak ? contoh nya “ oh hari ni baru shoping bla bla bla habis duit aku ! “ atau “ terima kasih darling sebab beli kan saya bla blab la “


Jawapan 2)
‘ kalau dah isteri memang jenis suma benda nak kena share ngan public tak leh wat apa la ‘


Soalan 2)
 ‘ boleh ker kalau I nak coment kat pic tu kak, hutang dah bayar ker ? banyak duit beli barang ? agak-agak boleh ker ?’


Jawapan 2) 
‘ tak payah sibuk ‘ laki dia ada nak handle ….




Sambil pandang sesama sendiri pandang penuh makna dan senyum …. Semoga kita berdua dijauhi dari segala kesulitan ….


 so habis la perbincangan kami ...  tetiba aku ada terbaca artikel pasal lelaki terkaya di asia bagi RM 2 juta pada pemandu dia , tp pemandu dia tolak duit tu .. hmmmmm 

lepas tu aku terus search kisah-kisah mereka ini ..

Membaca kisah-kisah orang terkaya di dunia boleh membuat aku berangan sampai ke Langit. Kalau korang perasan suma kisah-kisah mereka sama jer .. bermula dari kosong atau pun dari keluarga yang sangat miskin gi menjual barang-barang secara kecil-kecilan , berusaha kerja siang malam, akhir nyaaaaaaaa taraaaaaaa kaya .. tapi tak la semudah taraaaaa jadi kaya … hek mu macam tu .. itu kalau mak bapak dah memang kaya boleh la .

Aku teramat la gemar membaca kisah-kisah mereka ini . sambil berangan nak kaya cam mereka-mereka kan, mana tau aku leh jadi kaya cam dorang .. haha adoi berangan lagi




Nak buat loan pun takut risiko macam mana nak buat bisness nya .

Meh aku sertakan beberapa contoh hasil pertolongan encik google :

Jan Koum 


   21 tahun lalu, ketika berusia 16 tahun, Jan Koum mengikut keluarganya berhijrah dari Ukraine ke Amerika Syarikat. Di rantau orang itu, kehidupan keluarga tersebut amat sukar. Mereka terpaksa bergantung hidup dengan kupon makanan yang disediakan oleh kerajaan untuk golongan miskin.
Kemiskinan tidak menghalang Koum untuk mencapai cita-citanya. Pada tahun 2009, dia bersama rakan kongsinya Brian Acton melancarkan WhatsApp, yang kini menjadi kegilaan ratusan juta manusia di seluruh dunia.
Apabila Facebook memutuskan untuk membeli WhatsApp dengan harga RM57 bilion, Koum menjadi orang yang paling banyak meraih untung. Dia, yang menguasai 45 peratus saham WhatsApp memperoleh RM20.4 bilion!


Leonardo Del Vecchio 


Ketika masih kecil dia dan empat adik-beradiknya dihantar ke rumah anak-anak yatim di Milan, Itali oleh ibu mereka sendiri kerana si ibu tidak mampu membesarkan mereka. Apabila remaja Del Vecchio bekerja di sebuah kilang membuat acuan alat-alat ganti kereta selama beberapa tahun sebelum berhijrah ke kilang membuat bingkai kaca mata.
Pada tahun 1958, ketika berusia 23 tahun, Del Vecchio membuka kedai membuat bingkai kaca matanya sendiri. Perniagaan itu berkembang sehingga mendorong dia mengeluarkan cermin matanya sendiri, antaranya Ray-Ban dan Oakley, yang kemudiannya menjadi jenama berkelas dunia.
Kini, anak yatim yang kematian bapa semasa berusia lima bulan itu memiliki kekayaan bernilaiRM45.9 bilion!


Larry Ellison 


Lahir di kawasan miskin Brooklyn, New York, Ellison dibesarkan oleh ibu dan bapa saudaranya di Chicago. Kematian ibu bapa angkatnya itu menjadi mala petaka besar dalam hidupnya. Dia terpaksa meninggalkan bangku kolej dan berpindah ke California di mana dia melakukan pelbagai kerja kasar untuk tempoh lapan tahun berikutnya.
Pada tahun 1977, Ellison yang ketika itu berusia 33 tahun nekad menubuhkan syarikat untuk membangunkan perisian yang dinamakan Oracle. Syarikat itu kemudian berkembang menjadi salah sebuah firma teknologi terbesar di dunia masa kini. Nilai kekayaan Ellison pula dianggarkan RM123 bilion!


Li Ka-shing 



   Keluarganya berhijrah dari Tanah Besar China ke Hong Kong pada tahun 1940an. Bagaimanapun kematian bapanya pada tahun 1943 menyebabkan Ka-Shing, yang ketika itu berusia 15 tahun terpaksa mengambil alih tugas sebagai ‘ketua’ keluarga. Dia berhenti sekolah dan melakukan pelbagai kerja bagi menyara ibu dan adik-beradiknya.
Pada tahun 1950, Ka-shing menubuhkan Cheung Kong Industries, sebuah syarikat pengeluar plastik. Syarikat itu kemudian berkembang dalam bidang hartanah dan akhirnya membawa Ka-shing ke kedudukannya sekarang sebagai orang terkaya di Asia dengan nilai kekayaan RM93 bilion!


Do Won Chang  


    Lelaki Korea ini bersama isterinya Jin Sook meninggalkan tanah tumpah darah mereka untuk mencari kehidupan baharu di Amerika Syarikat pada tahun 1981.
Kehidupan yang dilalui kemudian cukup menyengsarakan.; Do Won yang waktu itu berusia 27 tahun terpaksa melakukan tiga pekerjaan dalam masa sehari iaitu menjadi tukang cuci, atendan pam minyak dan pembantu kedai kopi; semuanya untuk menampung kehidupan.

Tiga tahun kemudian pasangan itu membuka kedai pakaian yang dinamakan Forever 21. Perniagaan itu pantas berkembang dan kini Forever 21 menjadi jenama antarabangsa dengan 480 cawangan di seluruh dunia. Hasil jualannya pula sekitar RM9 bilion setahun!

................**................

................**................

Pages