20 Oktober 2014

dan hanya PadaNYA kita kembali

..2014 ..

Sesungguhnya terlalu banyak yang ingin aku coretkan dan ingin aku kongsikan … Aku coretkan dulu kisah yang terlalu menyedihkan buat keluarga mertuaku .

Tanggal 5 Oct 2014 ayah mertua aku telah kembali kepada penciptanya . Tenang dan damai jer aku lihat ketika arwah hembuskan nafas terakhirnya . Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui segala2 nya .
Alhamdullilah anak-anak arwah ( kakak dan abg ipar aku serta menantu & cucu ) ada disamping arwah setiap masa sehingga akhir hayat arwah .kagum aku melihat kasih sayang yang di beri oleh abg2 serta kakak2 ipar aku .
Tanpa putus baca kan yasin , bagi kata2 semangat kat arwah supaya bertahan ..Tapi apakan daya Allah lebih menyayanginya dari kami semua , dan kami redha dengan pemergian nya itu . Mak mertua aku paling kuat dan tabah . Semoga Ibu mertua aku akan sentiasa dilindungi dan di beri kekuatan pada hari-hari yang mendatang .

Walaupun mak kata dia terima ketentuannya dan redha , tapi kita tak tahu apa yang mak fikir sebenarnya .Aku yang baru 4 tahun ++ masuk dalam keluarga ni , itu pun dah terbayang setiap kali bangun tidur setiap kali aku duduk seorang ini kan pulak mak yang dah berpuluh tahun hidup bersama .Allahuakbar

Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan hambanya itu sendiri , semoga keluarga mertua aku akan tabah menerima kehilangan ini . Selepas kematian Ayah mertua aku,setakat ni kami belum lagi pulang ke kampung, ayah di kebumikan di Tanah perkuburan Alam Damai Cheras .Segala urusan dilakukan disini .Mak pulak tinggal di Cheras utuk beberapa hari . Oh yea cerita bab urusan , terpikir juga aku,
 mak mertua aku mempunyai 6 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan . Alhamdullialh proses mandikan jenazah semuanya dilakukan oleh anak-anak dan anak buah,tanpa melibat kan orang luar. Adalah itu lebih baik sekurang-kurangnya hanya anak-anak yang mengetahui segala-galanya ..( berangan nak anak ramai gak ) :p

Disaat kesedihan melanda diri, selain dari ahli keluarga aku sendiri, pastinya sokongan dari orang terapat dan rakan-rakan amat diperlukan tapi aku silap .. sokongan yang diperlukan tapi maki hamun yang aku terima J
Aku terima seadanya.. Cuma nya orang begini tidak lagi layak untuk dihormati . 

Sesungguhnya bila kejatuhan dan kesedihan berlaku ,masa inilah baru aku kenali sifat2 orang yang aku rasa penting dalam hidup aku dan pernah juga aku terfikir andai aku mampu untuk lakukan sesuatu dikala mereka dalam kesusahan dan kesedihan akan aku cuba untuk membantu kerana dalam fikiran aku mereka “ terlalu baik “ tetapi rupa nya …… meleset ..

Dan pekara lain yang aku belajar pakaian tidak mengambarkan keperibadian seseorang … .

betul dengan kata-kata “knp aku perlu mengharapkan balasan dari hamba Allah yang begelar manusia , berharap la hanya dari Allah , tak perlukan balasan “ 

 betul .. semua tu betul , tapi ingat aku bukan lah malaikat yang mempunyai hati yang terlalu suci . Bukan wang ringgit yang aku minta bukan juga kunjugan yang aku harapkan . cukup dengan memberi kata-kata semangat kerana apa ? kerana ketika susah mampu untuk hubungi aku untuk bercerita atau meminta .. tapi ketika aku begini ? Wallahualam .. aku mungkin tidak menjaga aurat aku seperti kamu ,tapi aku tahu menilai sesuatu . manusia yang ego perkataan maaf dan terima kasih memang susah untuk  
diungkapkan..
memang aku salah sebab mengaharpkan pada insan yang salah . Ituadalah pekara yang terakhir aku lakukan .

Dan tolong fahami lirik ini :

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Wasallam … 

................**................

................**................

Pages