27 Oktober 2014

' DOUBLE CELEBRATION ' 23 Oct 2014

Haluuu ..

Mood untuk menaip datang dengan jaya nya ,… kali ni aku nak share pasal  ‘double celebration’ kami . meh aku nk imbas kembali 4 tahun yang lepas . Rasanya kami dah masuk 12 tahun ‘berkawan’ tolak 4 tahun sah begelar suami isteri .

Emmm kami telah sepakat nak bertunang pada tarikh hari jadi aku ( 26 April ) dan sama-sama setuju termasuk keluarga kedua belah pihak,dan  kami nikah  pada 23 OCT 2010 .. 23 Oct pulak tarikh hari lahir En.Amie

Jadi kini usia perkahwinan kami dah genap 4 tahun dan En.Amie pulak genap 32 tahun J J J 28 – 32 = 4 tahun gak bezanya tu J J J

Jadi ada double celebration disitu . So En.Amie kena dapat 2 hadiah la kan , aku ? kena dapat gak la kan ? kn kn kn kn. J J Tapi aku kira minggu 23 hb tu adalah minggu sambut birthday Amie .dari lunch sampi ke office sampi la malam hujung minggu sambut birthday dia saja .

 ~ Amie sambut birthday dekat office + dia share tarikh dengan kawan nya tu .. AMie gak nama nya ... credit pic to kak ina ~



~ ni pulak masa lunch ngan aku kat secret recepi Amcorp Mall ~ 


bila pulak nak sambut anniversary ? 

 minggu selepas sambut birthday Amie ,kami akan terbang untuk sambut anniversary kami pulak.. kami akan berada di Negara orang selama 4 hari .cukup la kot kan J J J kang lama-lama lg banyak duit melabur kat sana .

Macam biasa tiap-tiap tahun bila Tanya nak hadiah apa , macam biasa gak jawapan tak nak apa-apa.
bila Tanya nak handphone tak ? jawabnya tak nak .
( kami laki bini bukan penggemar / pencinta hset .aku sendiri penah guna hset percuma yang government kasi tu )  so bila dia jawab tak nak aku dah agak jawapan itu . asal Tanya memanjang tak nak so cari and beli jer la

Sebelum kami terus ke restaurant untuk makan malam kami singgah mid valley dulu sebab aku nak beli hadiah papa Aish Iskandar ni .   







tiba di restaurant tepat jam 9 malam,Sebelum pilih restaurant ni aku servey banyak tempat.ini adalah tempat yang ke 3 aku pilih setelah tempat pertama dan kedua  kena reject atas sebab-sebab tertentu .( aku sendiri yang reject sebab tempat tak sesuai bawak Aish ISKANDAR ) 

review menggatakan restaurant ni best,makanan pun ok so aku terus tempah la . aku bagi 9/10 bintang . berbaloi dan aku tau Amie suka dan terkejut dengan surprise ni .
dia senyum dari mula sampai nak tidur .Cuma nya aku tak denga lagi ucapan dari amie .tak sempat babe J J .




Pelayan restaurant suma bagi layanan yang  bagus,aku bagi 8/10 kat mereka .service mereka memang tip top . yang penting makanan sedap,kenapa aku kata sedap? sebab anak aku kata sedap dan asik nak makan jer . itu yang penting !

Lepas makan dorg datang beramai-ramai  nyayi lagu happy birthday untuk amie sambil bawak kek .sweet kan .tak sempat nk record.

:: Tak ada yang lebih membahagiakan hati ini selain dari melihat yang tersayang bahagia . Setiap tahun aku akan hantar bunga ke office Amie Cuma tahun ni tak hantar dengan harap nak dia pulak bagi bunga hahahahhahaha tapi still tak paham-paham gak .. hambik slumber aku buat pengakuan berani mati kat sini  J J :p ::

Jom layan gambar pulak :::::: CHOW !!


 ` cantik kan tempat ni + romantik kan ' 





~ yang atas ni pulak makanan yang aku oder .. Aish Iskandar yang habis kan .katanya sedap mama ' mama memang sedap kalau tak awk tak keluar   hahahahahha ~ 




  ~ atas ni pulak makanan yang Amie pilih .. pun sedap cuma Aish tak kata ' sedap papa ' ~     :p







~ kek Aish Iskandar ~ 


~ sweet kan budak kecik ni . terdetik hati aku , sweet nya anak aku ni macam mama nya jugak hahahah ~ 




~ Air yang aku oder ..Blue eye nama diberi .. memang terbaik kena dengan harga nya ~ 





~ berangan jap ~ 


 ~ masa dorg sampai and nyayi lagu bezday aku tak sempat nak snap sbb skali ngan aku terkejut ~




~ buat wish dulu sayang then baru tiup lilin tu :) ~ 



~ nampak tak bertapa dia menghayati nak tiup sebab lilin tu bukan lilin biasa okey kena guna tenaga yang banyak  :) ~ 



~ lindungilah keluarga ini dan penuhilah kasih sayang di dalam keluarga ini ..amin ~













20 Oktober 2014

Ulangtahun kelahiran mu yang ke 3 tahun sayang

Barangsiapa meletakan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka Allah akan menuliskan kebaikan pada setiap lembar rambut yang disentuh tangannya. (HR.Ahmad, Ath-Thabrani, Ibnu Hibban, Ibnu Abi Aufa)


Anak yatim menangis, arasy berguncang. Sabda Tuhan: Demi keagungan-Ku, siapa saja yang menghiburnya dan menghentikan tangisannya, Aku pastikan baginya surga (Hadis Qudsi 208) 



Saat mengetahui yang aku mengandung , aku rasa itu adalah saat yang paling berharga selain dari saat aku sah menjadi milik lelaki yang menjadi pilihan hati ini ..tanya lah ibu-ibu diluar sana..
lepas tgk double line , kemudian buat pengesahan dengan doctor apa perasaan mereka … terasa malaysia tiba-tiba ada musim bunga ..dan bunga-bunga beterbangan .

Mengandung 9 bulan , berpantang , kemudian merancang untuk hari jadi yang pertama , masuk tahun kedua dan sekarang Anak yang tadi dikandung telah pun berusia 3 tahun.. Bertapa indah nya perjalanan yang telah Allah susun kan ini . Merancang untuk raikan hari jadi anak kadang-kadang bagaikan merancang event yang perlu menjemput VVIP  J J ( orang akan cakap , ala anak no 1 biasa la memang macam tu )
Heheheh ada benar nya


Kali ni idea aku untuk sambut ualng tahun ke 3 Muhammad Aish Iskandar bersama anak-anak yatim . puas juga aku mengabiskan masa aku untuk cari rumah anak yatim ni ( tapi tak ada la rumit sebab semuanya di hujung jari ) bukan lah aku cari dengan keluar cari satu-satu .. no no no

Niat dah lama untuk bawak Muhammad Aish Iskandar ke rumah anak-anak yatim ni Cuma nya mama nya banyak sangat idea lain . keluarga terdekat semua nya hadir sama-sama untuk raikan bersama anak yatim ni
.Terima kasih yang tidak terhingga buat ahli keluarga yang sudi masak-masak, adik ipar , biras & famly , kakak ipar dan jiran yang sama-sama bagi sokongan .

kata sepakat telah dipersetujui doa selamat untuk aish Iskandar di buat pada 19 Oct 2014 selang seminggu dari tarikh kelahiran Muhammad Aish Iskandar 3 Oct 2014. Masih segar kat ingatan pada tarikh 3 oct 2014 tok wan Aish Iskandar dimasuk kan ICU dan pada 5 Oct 2014 Tok wan Aish Iskandar telah kembali kerahmatullah .. inallillah… Jadi kami terpaksa tangguh kan . Niat asal nak buat doa selamat dan bacaan Yasiin buat Tok wan ( Ayah mertua aku ) Tapi ustaz yang mengajar terpaksa beredar dengan lebih awal sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan jadi hanya doa selamat jer sempat kami buat.

Sesungguhnya setiap kali event bersama-sama dengan anak yatim hati ini terasa sesuatu , tambahan pula bila lihat ada anak-anak yang sebaya dengan Muhammad Aish Iskandar . Luluh jantung ni.Memang kali ini rezeki untuk kami berkongsi bersama-sama dengan anak-anak tahfiz ni . Alhamdullilah rezeki kami menang ketika Company aku buat makan malam, jadi ada rezeki lebih dan ini yang kami kongsikan. Tiada niat riak atau takbur disini .. aku hanya ingin berkongsi bersama kalian.. mana yang baik ikut lah kalau kalian rasa aku ingin menunjuk-nunjuk maafkan diri yang tak sempurna ini . Atau berlawan-lawan majlis siapa yang paling hebat , aku mengalah dan undur diri .

Tak akn jadi miskin dengan memberi .. jadi ringan-ringankan lah untuk memberi ..


al-Baqarah 2:177)
 “Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, …”.

“Barangsiapa mengambil anak yatim dari kalangan Muslimin, dan memberinya makan dan minum, Allah akan memasukkannya ke surga, kecuali bila ia berbuat dosa besar yang tidak terampuni.( HR. Turmudzi)


“Sesungguhnya, seorang laki-laki mengeluh kepada Nabi s.a.w., karena hatinya yang keras. Nabi s.a.w. berkata: -‘Usaplah kepala yatim, dan berilah makan orang miskin’. (HR. Ahmad)



OK BIAR GAMBAR YANG BERBICARA .





 :: Mama & Aish tengah kushuk tengok persembahan nashid :: 

Jamuan Makan bermula 

lepas makan anak-anak tahfiz buat persembahan nashid 





Ahli keluarga bersama anak-anak tahfiz

:: Birthday boy :: 
Muhammad Aish Iskandar 




:: ucapan-ucapan dari abang tahfiz yang mahu Muhammad Aih Iskandar 
Jadi AL-Hafiz :: ~ amin ~ 








P/S : pada yang ingin membuat sumbangan sangat la dialu-alukan

Sekolah ini di bawah pengurusan AL KITAB MANAGEMENT, bertempat berhampiran Belakang Pejabat Pos Beranang, Lot 417 Kampung Paya, 43700Beranang, Selangor. Hubungi :-

017-6727584 (Ustaz Asmadi)
012-2907895 (Puan Yatie Aziz)


dan hanya PadaNYA kita kembali

..2014 ..

Sesungguhnya terlalu banyak yang ingin aku coretkan dan ingin aku kongsikan … Aku coretkan dulu kisah yang terlalu menyedihkan buat keluarga mertuaku .

Tanggal 5 Oct 2014 ayah mertua aku telah kembali kepada penciptanya . Tenang dan damai jer aku lihat ketika arwah hembuskan nafas terakhirnya . Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui segala2 nya .
Alhamdullilah anak-anak arwah ( kakak dan abg ipar aku serta menantu & cucu ) ada disamping arwah setiap masa sehingga akhir hayat arwah .kagum aku melihat kasih sayang yang di beri oleh abg2 serta kakak2 ipar aku .
Tanpa putus baca kan yasin , bagi kata2 semangat kat arwah supaya bertahan ..Tapi apakan daya Allah lebih menyayanginya dari kami semua , dan kami redha dengan pemergian nya itu . Mak mertua aku paling kuat dan tabah . Semoga Ibu mertua aku akan sentiasa dilindungi dan di beri kekuatan pada hari-hari yang mendatang .

Walaupun mak kata dia terima ketentuannya dan redha , tapi kita tak tahu apa yang mak fikir sebenarnya .Aku yang baru 4 tahun ++ masuk dalam keluarga ni , itu pun dah terbayang setiap kali bangun tidur setiap kali aku duduk seorang ini kan pulak mak yang dah berpuluh tahun hidup bersama .Allahuakbar

Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan hambanya itu sendiri , semoga keluarga mertua aku akan tabah menerima kehilangan ini . Selepas kematian Ayah mertua aku,setakat ni kami belum lagi pulang ke kampung, ayah di kebumikan di Tanah perkuburan Alam Damai Cheras .Segala urusan dilakukan disini .Mak pulak tinggal di Cheras utuk beberapa hari . Oh yea cerita bab urusan , terpikir juga aku,
 mak mertua aku mempunyai 6 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan . Alhamdullialh proses mandikan jenazah semuanya dilakukan oleh anak-anak dan anak buah,tanpa melibat kan orang luar. Adalah itu lebih baik sekurang-kurangnya hanya anak-anak yang mengetahui segala-galanya ..( berangan nak anak ramai gak ) :p

Disaat kesedihan melanda diri, selain dari ahli keluarga aku sendiri, pastinya sokongan dari orang terapat dan rakan-rakan amat diperlukan tapi aku silap .. sokongan yang diperlukan tapi maki hamun yang aku terima J
Aku terima seadanya.. Cuma nya orang begini tidak lagi layak untuk dihormati . 

Sesungguhnya bila kejatuhan dan kesedihan berlaku ,masa inilah baru aku kenali sifat2 orang yang aku rasa penting dalam hidup aku dan pernah juga aku terfikir andai aku mampu untuk lakukan sesuatu dikala mereka dalam kesusahan dan kesedihan akan aku cuba untuk membantu kerana dalam fikiran aku mereka “ terlalu baik “ tetapi rupa nya …… meleset ..

Dan pekara lain yang aku belajar pakaian tidak mengambarkan keperibadian seseorang … .

betul dengan kata-kata “knp aku perlu mengharapkan balasan dari hamba Allah yang begelar manusia , berharap la hanya dari Allah , tak perlukan balasan “ 

 betul .. semua tu betul , tapi ingat aku bukan lah malaikat yang mempunyai hati yang terlalu suci . Bukan wang ringgit yang aku minta bukan juga kunjugan yang aku harapkan . cukup dengan memberi kata-kata semangat kerana apa ? kerana ketika susah mampu untuk hubungi aku untuk bercerita atau meminta .. tapi ketika aku begini ? Wallahualam .. aku mungkin tidak menjaga aurat aku seperti kamu ,tapi aku tahu menilai sesuatu . manusia yang ego perkataan maaf dan terima kasih memang susah untuk  
diungkapkan..
memang aku salah sebab mengaharpkan pada insan yang salah . Ituadalah pekara yang terakhir aku lakukan .

Dan tolong fahami lirik ini :

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Wasallam … 

................**................

................**................

Pages