Barangsiapa meletakan tangannya di atas kepala anak yatim dengan
penuh kasih sayang, maka Allah akan menuliskan kebaikan pada setiap lembar
rambut yang disentuh tangannya. (HR.Ahmad, Ath-Thabrani, Ibnu Hibban, Ibnu Abi Aufa)
Anak
yatim menangis, arasy berguncang. Sabda Tuhan: Demi keagungan-Ku, siapa
saja yang menghiburnya dan menghentikan tangisannya, Aku pastikan baginya surga (Hadis
Qudsi 208)
Saat
mengetahui yang aku mengandung , aku rasa itu adalah saat yang paling berharga
selain dari saat aku sah menjadi milik lelaki yang menjadi pilihan hati ini
..tanya lah ibu-ibu diluar sana..
lepas
tgk double line , kemudian buat pengesahan dengan doctor apa perasaan mereka …
terasa malaysia tiba-tiba ada musim bunga ..dan bunga-bunga beterbangan .
Mengandung
9 bulan , berpantang , kemudian merancang untuk hari jadi yang pertama , masuk
tahun kedua dan sekarang Anak yang tadi dikandung telah pun berusia 3 tahun..
Bertapa indah nya perjalanan yang telah Allah susun kan ini . Merancang untuk
raikan hari jadi anak kadang-kadang bagaikan merancang event yang perlu menjemput
VVIP J J ( orang akan cakap ,
ala anak no 1 biasa la memang macam tu )
Heheheh
ada benar nya
Kali
ni idea aku untuk sambut ualng tahun ke 3 Muhammad Aish Iskandar bersama
anak-anak yatim . puas juga aku mengabiskan masa aku untuk cari rumah anak
yatim ni ( tapi tak ada la rumit sebab semuanya di hujung jari ) bukan lah aku
cari dengan keluar cari satu-satu .. no no no
Niat
dah lama untuk bawak Muhammad Aish Iskandar ke rumah anak-anak yatim ni Cuma nya
mama nya banyak sangat idea lain . keluarga terdekat semua nya hadir sama-sama
untuk raikan bersama anak yatim ni
.Terima
kasih yang tidak terhingga buat ahli keluarga yang sudi masak-masak, adik ipar
, biras & famly , kakak ipar dan jiran yang sama-sama bagi sokongan .
kata
sepakat telah dipersetujui doa selamat untuk aish Iskandar di buat pada 19 Oct
2014 selang seminggu dari tarikh kelahiran Muhammad Aish Iskandar 3 Oct 2014.
Masih segar kat ingatan pada tarikh 3 oct 2014 tok wan Aish Iskandar dimasuk
kan ICU dan pada 5 Oct 2014 Tok wan Aish Iskandar telah kembali kerahmatullah
.. inallillah… Jadi kami terpaksa tangguh kan . Niat asal nak buat doa selamat
dan bacaan Yasiin buat Tok wan ( Ayah mertua aku ) Tapi ustaz yang mengajar
terpaksa beredar dengan lebih awal sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan
jadi hanya doa selamat jer sempat kami buat.
Sesungguhnya
setiap kali event bersama-sama dengan anak yatim hati ini terasa sesuatu ,
tambahan pula bila lihat ada anak-anak yang sebaya dengan Muhammad Aish
Iskandar . Luluh jantung ni.Memang kali ini rezeki untuk kami berkongsi
bersama-sama dengan anak-anak tahfiz ni . Alhamdullilah rezeki kami menang
ketika Company aku buat makan malam, jadi ada rezeki lebih dan ini yang kami
kongsikan. Tiada niat riak atau takbur disini .. aku hanya ingin berkongsi
bersama kalian.. mana yang baik ikut lah kalau kalian rasa aku ingin
menunjuk-nunjuk maafkan diri yang tak sempurna ini . Atau berlawan-lawan majlis
siapa yang paling hebat , aku mengalah dan undur diri .
Tak
akn jadi miskin dengan memberi .. jadi ringan-ringankan lah untuk memberi ..
al-Baqarah 2:177)
“Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan.
Jawablah: “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada
ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, …”.
“Barangsiapa
mengambil anak yatim dari kalangan Muslimin, dan memberinya makan dan minum,
Allah akan memasukkannya ke surga, kecuali bila ia berbuat dosa besar yang
tidak terampuni.( HR. Turmudzi)
“Sesungguhnya, seorang laki-laki mengeluh kepada Nabi s.a.w.,
karena hatinya yang keras. Nabi s.a.w. berkata: -‘Usaplah kepala yatim, dan
berilah makan orang miskin’. (HR. Ahmad)
OK
BIAR GAMBAR YANG BERBICARA .
:: Mama & Aish tengah kushuk tengok persembahan nashid ::
Jamuan Makan bermula
lepas makan anak-anak tahfiz buat persembahan nashid
Ahli keluarga bersama anak-anak tahfiz
:: Birthday boy ::
Muhammad Aish Iskandar
:: ucapan-ucapan dari abang tahfiz yang mahu Muhammad Aih Iskandar
Jadi AL-Hafiz :: ~ amin ~
P/S
: pada yang ingin membuat sumbangan sangat la dialu-alukan
Sekolah
ini di bawah pengurusan AL KITAB MANAGEMENT, bertempat berhampiran Belakang
Pejabat Pos Beranang, Lot 417 Kampung Paya, 43700Beranang, Selangor.
Hubungi :-
017-6727584 (Ustaz
Asmadi)
012-2907895 (Puan Yatie
Aziz)